Malam Kan Tiada Suria

Tidak ada lagi kasih mendakab jiwa pada mu Rejab.

Tanpa lambaian pergi mu tidak disedari, hilangnya seperti tidak dikesali.

Ashik leka perjuangan di gelanggang, seluruh jasad perai mu Rejab semakin hilang di dalam terang.

Tinggalan kasih Ramadhan kian luput dari akrab cinta Tuhan buat ummatnya, Rejab.

Rangkaian tiga sejajar Rejab Syakban dan Ramadhan pada keinginan nan bernyala menghidu wangian syurga, entah siapa yang menaburkan cela.

Leka ashik masyuk ghairah daku kian terleka.

Syakban berujar,’apa khabar sanubari mu pada minggu lalu?’

Tatkala rindu bersemarak menyala hangat kudus cahaya

Tatkala pamitan malaikat dengan sayap-sayap memenuhi angkasa.

Kata ku, ‘Rejab disisih sepi kerana sesama kami masih miskin untuk sedia berbudi.’  

Menggenggam wang masih gagal untuk menjadi jariah lazim sedekah ehsan insan menghulur jasa.

Daku masih miskin harta walau kaya bicara

Daku masih haloba pada rasa simpati meski berindera

Daku masih mengundang noda atas nama endah pada dunia

Daku masih buta pada bahasa alam yang fitrahnya adalah hamba

Sesungguhnya kami adalah para hamba yang lupa pada Pencipta.

Sabar ku Rejab, menjadikan kuasa nama lebih beracara

Istiadat megah bangga dirai menjadi jadual berkala

Tasbih tahmid selawat bertanya, ‘di mana kami di minda mu?Ditempatkan kami hanya di lidah mu?’

Sanubari ini tertusuk lara.

Jahitan rasa benangnya memintal jiwa

Mengurung ku yang menzalimi diri sendiri dek cinta tanpa akar agama.

Syakban, awal tiba mu ini ingin diujarkan hati

Sedekah masih bukan menjadi sifat kebanyakkan kami yang manis budaya insannya upaya diberi

Entah di mana kekayaan mengusir diri

Walau dahulu pernah emas menjadi ufti  

Diarak ke mana galian yang pernah menjadi rezeki?

Dikhazanahkankah untuk daku yangwaktu itu bergelar generasi?

Masihkah bersisa untuk hati kumansama dicecah hati gajah sama dilapah?

Andai benar generasi yang belum dilahirkan ketika itu milikki hak untuk difikirkan untung nasib serta diri generasi ku ini?

Adakah perbendaharaan hasil perut bumi itu masih tersimpan untuk sama dibuat tuntutan?

Tatkala

Kian lantang generasi kini dan masa depan bergelanggang memunggah cita-cita dan mimpi untuk berkroni dengan kompromi?

Ironisnya kemiskinan ku apakah lantaran generasi terdahulu tidak menyimpan sepeti dua ufti bunga emas cagaran balas untuk aman tidak digugah?

Lalu pencak silat siapakah yang mahu menunjuk perkasa apabila Rejab dan Syakban bukan lagi menjadi kegagahan para pemuda dan pemudi untuk berjasa pada agama buat santapan rohani dan emosi?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s