Benci?

Saya bertanya dengan berterus terang padanya.

 

Mengenai apa? 

 

Mengenai undi bukan rahsia lagi di zaman ini,

Benar, kerana semua individu dan komuniti mempunyai pilihan untuk memihak.

 

Walau pun memihak pada yang bukan hak?

 

Misalnya?

 

Batalkan undi pos.

 

Alasan?

 

Bagaimanakah undi pos menjadi rahsia tatkala tidak ramai anggota pasukan keselamatan yang bertugas di seberang laut berbanding dengan mereka yang berkhidmat di luar negara di samping pelajar-pelajar yang sedang belajar di universiti di luar negara?

 

Mengapa?

 

Bagaimana setiap undi rakyat yang berada di luar negara tidak disalah gunakan akibat dari ketidak-bolehan mereka untuk pulang membuang undi apabila tarikh pembuangan undi ditentukan mengikut kepentingan dan sangat dijaga kerahsiaannya yang sepenuhnya dimonopoli secara individu?

 

Sehingga bila marah ini akan terus mendinginkan hubungan kita? 

 

Sehingga undi suami mereka tidak dijadikan penentu untuk undi isteri-isteri mereka yang tidak bersetuju dengan pemilihan undi suami mereka selaku penjawat kerajaan dan swasta lantaran mempunyai kecenderungan untuk memihak kroni syarikat atau jabatan di mana mereka berkhidmat. 

 

Jika ianya masih gagal dipersetujui?

 

Sah dikau menyetujui bahawa wanita-wanita di tanah air mu yakni isteri-isteri yang tidak bekerja adalah warga kelas ke tiga kerana nama mereka tidak laku dan tidak sah untuk diperakui kewujudannya!

 

Dia diam walau pun dia seorang wanita.

 

Apakah dia telah menjual belikan kesemua spesis segendernya selama ini?

 

Ini tidak munasabah jika ditolak kerana hampir di serata dunia konsulat dan bangunan kedutaan ada dibuka oleh setiap negara!

 

Bagaimana mahu menarik perhatian wanita yang suka membisu ini? 

 

Masyarakat di dunia arab dan barat serta nusantara yang mengingini kepluralisme dalam anutan kepercayaan tidak upaya dijayakan apabila masih mahu menyama-ratakan kedudukan semua agama tatkala Nasrani Yahudi dan Muslim menyedari dengan rasional bahawa hanya agama akidah yakni Islam menjadi agama yang sah dan diiktiraf oleh Tuhan.

 

Saya melihat matanya terbuka.Kerut di keningnya mulai bercantum dengan keselarian garisan-garisan  yang  saling  rapat berjalur antara tiga dan empat lapisan. Bibirnya menyembunyikan barisan gigi yang entah diketap atau separa terbuka menahan rasa yang tidak dapat diluahkannya.

 

Sungguh saya masih tidak tahu apakah dia masih membenci diri saya atau pertanyaan-pertanyaan saya atau semangatnya kembali memperolehi kekuatan untuk menerima cabaran saya. 

 

Dengan syarat usah dipolemikkan isu ini mengikut variasi kepentingan media yang gagal bersifat bebas kerana saya hanya menekankan AGAMA YANG SAH DAN DIPERAKUI DI SISI TUHAN BUKAN DI SISI MANUSIA.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s