Sakit Mu Sering Menjadi Trapi Saya

Senja saat itu menjadikan suria hilang cahaya 

Kiranya purnama tersenyum bahagia?

Ke mana pudar ego Sang Suria tatkala gelap malam itu petanda ia musygul lara?

Tatkala gelap tetap mencahayakan simbahan rupa pada purnama!

Ego suria bagaikan ego para pemuda?

Juga bak angkuh sang dara?

Ahhhhhh hujan

Kilau mutiara mu menjadikan siapa kecundang?

Saat polisi senjakala menjadikan mereka tertawa

Miskin jugakah kelian wahai saudagar unta?

Sehingga dasar ‘Tiada Basuhan Kereta’menjadi piawaian akta?

Tatkala minda ku bukan piawaian piring cakera pra bola

Yang terlentang menghadap wajah angkasa

Atau 

Si gentian optik yang berlari-lari bertelanjang dek ampere voltage yang pijar

Memamah apa sahaja talian selari bersiri Sang Aerial para gelombang

Mahukah dikau menjawab untuk ku?

Neutral bumi dawai umbang bukan madah untuk Si Pari-Pari!!!!!!!!!

Andai rasuah para temali benang litar frekuensi 

Rakus dikejar oleh gelombang Lcd 3D 4G.

Sudah sedia untuk diakui kemiskinan itu juga milik Sang Maharaja putri dan putra?

Kerabat sebangsawan seelit sarjana?

Gusarkah dengan jubah kemiskinan wahai saudagar?

Daku tertawa pada mu Sang Saudagar Unta

Saat tatkala dikau sedari kemiskinan mu yang satu senja ini

Menjadikan daku tertawa

Menjadikan dikau ditertawakan dari balik kelubung hitam dan putih warna

Begitu banyak akta sebaran pekeliling menujah minda…

Yang satu senja ini 

Menjadikan daku tertawa.

 

Hilang lelah ku Sang Saudagar Unta

Entah ke mana pergi terusirnya keluh gelisah ku

Oleh tawa yang menjadikan daku ingin mempersendakan seloka

Fitrah alam gersang debu gurun mu kiranya menzahirkan kemiskinan  

Untuk merapikan infrastruktur asas binaan rupa bentuk dan bina sesalir jalur tenaga

Masih alir yang perlahan itu tidak membukakan mata minda mu saudagar?

Selama hujan rintiknya amat perlahan

Saat susutnya ladungan mata air dek keringnya air mata

Pada bebilang saat dan minit yang sebentar cuma

Tidak sempatkah dihitung dari minit ke jam?

Rintik-rintik hujan yang bagaikan embun menitis tak upaya membasah jari

Melumpuhkan lohong-lohong peparitan yang digebukan oleh debu

Menyenakkan saliran lorong pvc ( ahhh apakah dikenali pvc oleh saudagar unta ini)

Seliseh nut yang cetek galiannya pada muka sisi selisih pintu bolt

Dikuburi oleh sapaan gebu debu-debu gurun …

Lantas 

Apakah para pekerja mu merupakan pekerja terbaik yang upaya dibawa oleh para ejen peneguk duit?

Tatakala kini amat diketahui air zam-zam sedia menjadi tawaran pada harga ribuan untuk sebekas takungan yang dahulunya diberikan percuma?

Apakah ini maknanya wahai Saudagar Unta?

Peneduh pemiutang yang senak dek tamak?

Tatkala 

Korporat tidak lagi sedia menjadi penaung pelobi-pelobi yang semakin lemas? 

Apakah ‘taharah’ Amerika akan menjadikan semenanjung arabia mencuci punggung para syeikh dan syeikha?

Saat kajian Harvard sedia menjadi pembroker berstatus penculik anak-anak ‘Sang Pemalas’ buat dipenuhi rumah-rumah yang sedia menjadi ibu bapa angkat khalayak teknokrat?

Tatkala para homoseksual sedia menyewa ovari wanita kaya untuk pepatah panggilan manja ibu angkat para peria?

Ahhhh nakal jiwa ku menggeletik meliuk-liuk untuk menyapa cinta…

Apakah cinta segender itu menjadikan kita si ‘virgin’ yang masih sunti dan peria yang masih teruna?

Tinggallah dan usah disimpan lambaian jabat pengusiran

Usah disembunyikan detak jantung dan detik nadi bila tiada lagi sifat suka dan rela pada kita

Saat setiap pekerja mu menuntut imbuhan atas setiap masa yang terkorban pada nama berbuat jasa

Tatkala para pekerja mu sekian lamanya dilazimi dengan upah serial lima

Tidak ada tenaga tercurah jika tidak ada upah?

Di mana-mana kerdipan mata ku melinang rasa
Di pasar di premis simpan kereta di perkarangan kediaman yang disewa
Tiada upah para pekerja mu tidak sedia berjasa
Apa ini namanya saudagar unta?
Tidak berbayarkah gaji para pekerja?
Sehingga sesak laman diri meneroka
Tidak ada yang percuma bagi mu tetapi ke mana nama pena ku telah dijaja?
Dihilang diasing ditindan dikembiri tanpa rasa segan
Sehingga ‘than air’ itu membuat ku liar meronta-ronta.

 

Apakah yang tersimpan pada redup teduhan mata mu wahai Juwita Jelita?

Kegagalan Amerika membariskan calon wanitanya masihkah menarik minat mu untuk dicermati hakikat pendominasian gender jawatan di dalam pentadbiran rumah tua itu sejak sekian lamanya adakah perlu menjadi urusan?

 

Ahhhh sedang marahkah dikau thanaif? Lemah lembut halus gemersik suara dia.

Bukan urusan kita atau memang mahu menjadi urusan kita? Itu sahaja yang saya mahu dikau menjawabnya tejathanaif!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s