Tidakkah Saya Telah Dikau Singkirkan?

Email yang masih tersimpan rapi di akaun yahoo bertarikh Mon, June12, 2006  10:59:07 AM buat salah seorang anak saudara ku yang perempuan ketika dia berada di New Zealand membuatkan minda ini sering basah dengan jernih air di mata.

Saat itu anak ku itu mengirimkan Nota Tazkirah JANGAN DILALAIKAN DENGAN BOLA.

Daku membalasnya  secara spontan dengan pelbagai rasa emosi menguasi diri untuk bersikap rasional.

_______________________________________________________________________________________________________________

Begini sahajalah. Agama itu adalah nasihat. Sejauh manakah kita telah menebarkan sayap sebagai individu bagi menggerakkan nasiahat ini?

Bagaimanakah Along dan rakan-rakan menangani perbezaan yang wujud di antara pemikiran, persepsi, pandangan dan pendapat?…

Apakah ini akan menjadikan kita semakin rapat atau semakin berjarak perhubungannya?

Kelian akan mewarnakan dunia dnegan warna-warna yang kelian sendiri kehendaki.

Namun kita mesti jujur bahawa kita mesti membentuk ke arah usaha yang mengkreatifkan pemikiran.

Pemikiran kita selalu jumud dan beku apabila berhadapan dengan pertentangan di antara tanggungjawab dan kehendak.

Daku merujuk tanggungjawab kepada agama dan kehendak adalah naluri peribadi.

Bolehkah ke dua ini bertemu?

Mesti boleh!

Kita yang membina dinding, tembuk dan pagar dengan berpendirian bahawa setiap yang terbit ilham dari sanubari yang tidak ada kaitan dengan nilai agama, mesti perkara atau benda itu akan merosakkan.

Bola , stamina yang mengekalkan kepantasan berpasukan adalah juga pendidikan untuk kita membina jamaah.

Kita sarat dengan kemelut remeh temeh yang sebenarnya MEMBUNUH  kebolehan kekreatifan idea untuk berfikir.

Berlainan dengan arak, ia memang haram merosakkan kewarasan wajar ditolak oleh muslimin.

Cuba nyatakan bagaimanakah upaya kita menyedarkan perkara ini. Membaling batu, berhimpun secara aman bagi menyatakan pendirian, berbincang atau menyertai pertubuhan politik yang mampu merealisasikan inspirasi kita, belajar dengan ilmu berhadapan dengan kewajiban melunaskan tuntutan perjanjian bayaran yang kadangkala berkelayakan dan berpengalaman masih tiada diperolehi tawaran pekerjaan, bagaimanakah kita membuat pilihan?

Kita silap apabila sentiasa menakutkan diri tentang jauhnya jarak kita dengan syurga jika meninggalkan Al-quran dan sunnah sedangkan umumnya kita sebagai muslim tidak bercara hidup dengan Al-Quran dan sunnah tatkala tidak terzahir perbuatannya.

Jujur dan ikhlas kepada diri sendiri dengan bersedia maju ke hadapan bukan sekadar hanya dengan mencipta persepsi-persepsi yang manis di telinga sahaja tetapi kaitkan dengan hati kerana di hati tempat duduk segala rasa. Hati yang menjadi alat utama untuk membaikkan perbuatan.

Adakah ilmu duduknya di dada sahaja?

Trampilkan ilmu dengan mendidik menghubungkan remaja dengan perkara yang benar.

Jika mahu bermain bola perlu berlatih, perlu ada semangat bersatu bukan boleh berfungsi bersendirian.

Jika mahu menyanyi mesti faham siapa yang akan menjadi sasaran kita. Apakah yang ingin dibawakan untuk mereka yang mendengar?

Bagaimana mahu menjalinkan irama muzik sesuai dengan keperluan fitrah insna yang mahukan masa senggang mereka melenyapkan kerunsingan.

Jika membaca Al Quran, adakah apa yang kita baca kita bentangkan dalam kehidupan rutin harian?

Adakalanya wujud mereka yang suka bersendirian kerana mahu menjaga hati, niat, dan  perbuatan.

 

Bagi mereka yang tidak mempunyai ramai kenalan yang adakalanya oleh faktor sampingan seperti cuaca misalnya lebihan masa yang diperolehi menjadikan komunikasi dengan alam siber menjadi pilihan (namun ketidak berdayaan interaksi ini dibebaskan dari disalahgunakan amat menguji mereka) . Pilihan ini perlu dihormati kerana ia adalah kehendak dan keinginan. Apa yang penting ialah jujur untuk dihindari prasangka dan diberikan kepercayaan juga kebebasan setelah diterangkan apa natijahnya jika ini yang dipilih dan jika itu yang dikehendaki.

Kekasih SAW ada memesan kepada ibu bapa yang muslim dengan nasihat,’didik, bimbing, ajar, tunjuk, terangkan kepada anak-anak mu kerana mereka adalah tercipta untuk MENGHADAPI MASA YANG LAIN DARI MASA KAMU.’

Persoalan aurat, apakah kesempurnaan menutup aurat itu uapya difahami oleh rakan taulan handai dan keluarga juga mereka yang bukan muslim?

Bagaimana mahu menyampaikan bahawa cara kita berpakaian adalah berbeza dengan wanita yang bukan muslim?

Bukan semua insan itu bersifat soleh, upaya menguyah menghadamkan apa yang kita sampaikan.

Masalah kita adalah adalah berhadapan dengan insan yang belum soleh, namun di dalam hati mereka ada sifat mengasihi agama yang pasti terbit rasa pedih jika dikutuk dihina dilemparkan dengan nista. Kita tahukah perasaan yang mereka rasakan itu?

Kita yang sempurna penjagaan auratnya  sebenarnya berupaya mendekati mereka dengan kasih sayang yang jujur. Berkasih dengan Allah sayang itu upaya melimpahi ke hati mereka.

Palestian bumi anbiak. Semua yang cinta Allah, yang kasih pada agamanya merasa berhak ke atas bumi ini. Sukar akan menjadi mudah jika melihat bagaimana Allah membiakkan manusia dengan berbagai rupa dalam jasad yang berbeza dalam bahasa yang tidka sama yang asalnya bermula dari seorang manusia, Nabi Adam (as).

Kita mahu berebut apa sebenarnya apabila semua kita akan mati. Ia hanyalah percaturan pemimpin yang melazimi teori tidak tepat bahawa yang kuat itu upaya menindas yang lemah dengan kuasa. Kuasa itulah yang akan membinasakan mereka. Kekuatan yang tidka diseimbangkan dengan kemanusiaan yang bertunjangkan iman akhirnya akan melahirkan ummat yang sedia mendapat kekayaan dari cara yang khianat.

Apakah dibolehkan menjadikan perniagaan peralatan senjata bagi merosakkan harta, bangsa dan negara orang lain walau pun ia memberikan pendapatan?

Jika mahu menjajah upayakah menjajah dengan cara bermaruah tatkala peparangan dunia tidak lagi wajar terjadi atas kekuatan ketenteraan tetapi menerusi penjajahan ekonomi yang bersifat adil.

Menjajah dengan mentaliti bijak sayangnya mentaliti bijak ini ‘kureng’ pada kaum lelaki.

Semakin ramai kaum wanita yang memilikki kelebihan kekuatan untuk berfikir mencetus idea menggarap tujuan dan haluan yang merintis banyak jalan ke arah kebaikan dimusuhi.

Menurut Along bagaimanakah caranya mahu melahirkan rakyat yang berpendidikan jika tidak wujud sekolah yang serba sempurna khususnya bagi penghuni di khemah pelarian dan wilayah yang miskin oleh sengketa yang diagendakan?

Berseliseh pendapat tidak bermakna tidak boleh melakukan perkara yang bermanafaat.

Apa-apa pun bangsa sama-sama merupakan insan mulia jika bertunjangkan akidah.

Jumpa kembali.

Saat ini : 18/8/2011 jam 428 petang :

(mengapalah filem yang tidak ditonton ini diulang-ulang siarannya?)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s