Tersenyumkah Dikau?

Amat-amat sukar untuk berada di tengah-tengah masyarakat yang bukan muslim dan masyarakat muslim yang sedang berhadapan dengan dilemma kehilangan jati diri berperibadi.

 

Masyarakat muslim di sini sudah berjaya dicanai setelah diuli oleh keinginan mereka berada di kelompok dunia antarabangsa.

 

Kesunyian Ramadhan dialui dengan kedalaman sayu di hati yang telah retak dermaga pelabuhannya oleh penzahiran  budaya setia kawan lebih dijana berbanding budaya beragama untuk dieratkan iman itu upaya menjadi penyatuan ummah.

 

Liku-liku cabaran dilemma mereka malangnya tidak turut dirasakan oleh generasi yang kini semakin mabuk oleh tekanan untuk mencipta jaya diri mengungguli kejayaan peribadi.

 

Mereka tiada halaman budaya yang mempersonakan minda untuk dihayati makna menghuni bumi anbiak dengan jejak solehin.

 

Mereka tidak berbangga mempunyai generasi rabbaniah berbanding memiliki generasi Darwin dan Einstein.

 

Hiburan mendapat tempat utama sebagai alasan memanafaatkan masa oleh cuaca?

Perlahan ingin ditanyakan padanya yang amat menghargai pengkreatifan usaha tatkala alam di Teluk semakin tidak keharuan.

Mereka masih mudah dipersengketakan?

 

Konflik mengenai Libya menjadikan diujar semula pertanyaan ke talian yang tidak bertanggung jawab itu.

 

Malukah Amerika apabila orang muda menjadi ‘ganas’ hanya untuk menjayakan warna dan bukan menjadi rakyat yang setia?

Penolakan demokrasi ala Amerika membenarkan bahawa kelemahan dasar luarnya masih menjadikannya gagal untuk menjadi rujukan ke  arah menjadikan pemimpin dan kepimpinan mereka sebagai pengaman yang dicaturkan bagi mengenali ciri ‘pengganas’ yang wujud hasil dari kegagalan memberdayakan dasar luar mereka?

 

Bolehkah diketahui adakah ia juga menjadi kelemahan kesatuan Afrika yang masih memerlukan perlindungan kuasa-kuasa luar walau pun mempunyai nilai merdeka yang dirayakan setiap tahun?

 

Masihkah relevan untuk menganggap semua ini sebagai revolusi apabila kemasukan syarikat minyak sebagai pelabur baru masih menyerlah?

 

Siapakah yang berjaya sebenarnya di dalam konflik Libya?

Rakyat Libya atau pelabur-pelabur asing?  

Siapakah yang dialu-alukan untuk mengurus wang dari perbendaharaan berpendapatan Libya?

Dia masih tidak mahu tersenyum.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s