Warkah Buat Cik Puan-Cik Puan Ku

Cik Puan,

Benarkah pempromosian Islam Liberal yang semakin menyerlah adalah kesan dari penyelewengan pendidikan sebagai institusi di dunia muslim hasil dari proses pencerahan?

 

Minta dibetulkan pemahaman saya, tatkala dilihat kekuatan kesan mentoleransikan kemajuan tanpa sempadan fikiran Munsyi Abdullah, seakan-akan wujud penyogokan di bawah sedar untuk mencerahkan (meliberalkankah) fikiran masyarakat melayu agar di dalam menolak pendominasian inggeris pada waktu itu masyarakat melayu zaman itu juga diundang agar bertoleransi dengan tolak ansur diplomasi yag tinggi untuk menyebelahi penjajah (pada watak Tuan Raffles dan Kolonel Farquhar misalnya)

 

Kita berhadapan dengan budaya kompromi yang tinggi dalam menghayati semangat keintelektualan dengan menjadikan bina insan sebagai landas perolehan berpengetahuan.

 

Isunya ialah bukan kita yang menjadi punca pertindihan konflik ummah namun kelihatannya seolah-olah kita yang berdilemma dan berkonflik.

 

Ia membuatkan masyarakat awam seperti saya yang tidak berkelulusan terasa ‘terharu’ (bukan berbangga tetapi bersedih) dengan semangat ilmu yang disalurkan ke tengah masyarakat setelah berakhirnya perang suci dan perang dunia.

 

Sedikit minta diberi endah mengenai kesediaan memberikan Google Chrome/Yahoo/Microsoft – MSN hak untuk melupuskan hak cipta sebagai harta intelek pengguna siber agak mengecewakan 9adakah ianya benar-benar berlaku) kerana pemahaman terhadap tawaran perkhidmatan percuma laman-laman software telah menjadikan ramai di antara kita kehilangan cara untuk berpendapatan.

 

Isunya ialah tidak wujud kontrak yang ditawarkan oleh laman-laman website ini untuk menjadikan wujud ikatan perundangan di antara pengguna dengan syarikat ini yang menjadikan upaya dibatal dan dituntut ganti rugi ke atas mana-mana catatan pengguna yang digunakan di luar pengetahuannya atau mana-mana tampilan aplikasinya yang diubah dipinda diterjemah yang menghilangkan keaslian catatan asal pemiliknya.

 

Dengan lain perkataan tanpa kontrak bermaksud tidak ada perjanjian yang saling dipersetujui.

 

Jika begini keadaan dan stuasinya bagaimanakah catatan yang disalahgunakan itu boleh dituntut ganti ruginya?

 

Bagaimanakah caranya upaya didapati khidmat nasihat perundangan terhadap salah etika merampas harta intelek menerusi siber?

 

Terima kasih memberikan perhatian.

Setelah itu saya nyatakan kepadanya adalah salah untuk menyamakan makna cadangan dengan pelawaan terhadap sesuatu tawaran.

 

Memberi cadangan bermakna bahawa saya ada pilihan dan tidak boleh dipaksa untuk menerima cadangan.

 

Menawarkan sesuatu tawaran bermakna saya boleh menolaknya.

 

Apakah ertinya thanaif?  Seperti terdengar suara lembut teja bertanya.

 

Saya ada pendirian tersendiri yang tidak memerlukan cadangan dikau dan saya boleh mengatakan tidak kepada pelawaan yang dikau tawarkan.

 

 

 

One thought on “Warkah Buat Cik Puan-Cik Puan Ku

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s