Sejauh Mana ‘Baru’ Mu?

11.10.11

Apakah boleh dinyatakan padanya bahawa saya mahu menukarkan fakta bahawa bukan Tuan Mahatma Ghandi yang wajar diikuti di dalam memahami proses demokrasi?

Saya tahu dia akan terus mendakwa semua ini hanya membuang masanya tatkala saya berhadapan dengan masalah mahu membaca kesemua catatan yang tidak tersusun.

Lalu menurut mu siapakah penggantiTuan Mahatma Ghandi yang ternyata lebih memilih keamanan dan jaminan keselamatan dengan tindakan berjalan kaki dan tidak makan kerana berlapar sebagai membantah Inggeris?

Saya percaya orang arab juga tidak mahu mengakuinya jika diilmiahkan Muhammad bin Abdullah (SAW) sebagai pengamal demokrasi yang lebih memilih jaminan keselamatan bagi menyuburkan semangat kemanusiaan.

Jika mahu membetulkan sejarah betulkan sekarang.Benarkah begitu?

Siapakah yang sedia meninggalkan tanah airnya bagi menolak pertumpahan darah?

Hijrah yang tidak mengorbankan darah tanpa paksaan dan dilakukan hanya kerana bebas untuk memilih tanpa ganjaran tanpa tawaran keuntungan.

Tidak wujud penjajah masa itu, thanaif.

Kaum keluarganya dan kerabatnya teja, yang menjadi penjajah. Mereka mahu menguasai dan menolak kebebasan yang dimiliki oleh Muhammad bin Abdullah (SAW).

Mengapakah sudut pandang  ini diabaikan oleh masyarakat intelek arab,thanaif?

Diktator menjadi sifat pembesar quraish,teja.

Berpindah meninggalkan tanah tumpah darahnya menjadikan nilai demokrasi Muhammad bin Abdullah (SAW)  jauh lebih berharga jika dibuat perbandingan dengan pemahaman demokrasi tokoh-tokoh yang sedia mengangkat senjata.

 

Saya pasti tidak ramai yang setuju dengan anjuran mu thanaif.

Saya tidak peduli teja. Saat mereka mulai mewacanakan demokrasi saya sudah mahu mulai mencabar pandangan-pandangan mereka yang moden dan jauh lebih berperadaban.

Mengapa thanaif?

Mereka mahu mewacanakan tokoh keamanan.

Biar saya laungkan sekuat suara MEREKA MAHU MEWACANAKAN TOKOH KEAMANAN dengan anugerah nobel keamanan.

Dengan embargo?

Dengan sekatan ekonomi yang memiskinkan rakyat awam?

Dengan apa?

Saya tidak tahu thanaif.

Untuk siapa anugerah Nobel Keamanan itu teja?

Mereka tidak suka thanaif.

Kerana mereka berasa mereka berada di pihak yang rugi jika demokrasi Muhammad bin Abdullah (SAW) diilmiahkan. Tidak ada kerosakan dan kebinasaan yang diimpakkan oleh pemahaman penghadaman demokrasi ini oleh Muhammad bin Abdullah (SAW),malah Saidina Ali (karamallahwajha) berjalan kaki bagi menjelaskan maksud keamanan sehingga kulit ke dua belah kakinya terkelupas menampakkan isi oleh jauhnya jarak perjalanan yang ditempuhi bersendirian.

 

 Aduhai, di mana dan di pangkuan siapakah diri mu thanaif?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s