Penglipur Dan Penghibur Tidak Berdusta?

 

Perbezaan etika penglipur lara di perbadanan penyiaran dengan pelapor di medan kewartawanan upayakah dicirikan?

Tempat mereka berpendapatan masih serupa, tidak ada bezanya selain perbezaan stesyen-stesyen samada swasta atau milik kerajaan atau persendirian.

‘Masih tidak bermaruah menyampuk bicara minda saya. Lelaki yang mulia tidak memunculkan diri secara terhegeh-hegeh di mana sahaja ada wanita, thanaif.’

 

‘Dikau juga tidak boleh berkasih sayang dengan suami atau isteri orang lain. Dikau tidak boleh berkasih sayang secara haram dengan menjadikan suami atau isteri atau anak orang lain sebagai kekasih teja, tatkala anak-anak itu masih terlalu muda dan di antara suami isteri itu masih saling mengasihi.’

Mahukah difahaminya catatan ini bukan berkisar senda humor dan jenakarama untuk membuat kita tertawa bagi menghindari rintangan yang akan membuatkan kami semakin berbenci?

Mahukah mereka menerima watak jurulapor dan juru ulas di kalangan pengacara sebagai penglipur lara dengan alasan yang dicatatkan di bawah ini :

Petugas di badan penyiaran dan stesyennya sangat menzahirkan diri seperti bersedia menjadi pembantu pelobi kepada kroni.

 

Petugas di badan penyiaran dan stesyennya menzahirkan keterpaksaan untuk bersaing dengan laporan yang lebih berwibawa dari juru tugas pelapor di media sehingga perlukah terzahir sifat penglipur lara untuk membuatkan penonton tertawa menjadi cara menghindar tekanan yang dihadapi?

Petugas di badan penyiaran dicabarkah agar terpilih untuk dibeli oleh interaksi teknologi?

Petugas di badan penyiaran berkomedikah dengan skrip tatkala pelapor wibawa tidak ada skrip tertentu atau khusus malah kerana fokusnya adakalanya kewibawaan mereka ditentukan oleh ancaman.

 

Benarkah petugas di badan penyiaran dan media sikap mereka turut ditentukan oleh kepentingan majikan berbadning wajar dituntut agar sedia memenuhi keperluan umum dan masyarakat awam?  

Diterimakah untuk menjadikan rujukan bahawa petugas di perbadanan dan stesyen penyiaran di Amerika perlu berpihak kepada Demokrat atau Republican sebagai keperluan khusus yang juga turut menjadi amalan para penghibur mereka tatkala di Amerika sistem politiknya tidak mewujudkan pembangkang.

Tidakkah ini realiti bahawa amalan demokrasi Amerika upaya dicabar  oleh amalan demokrasi di kebanyakan negara yang berjaya melahirkan kumpulan pembangkang yang aktif berfungsi untuk menyeimbangkan kelemahan dasar sesebuah kerajaan yang kerap tidak telus setelah lama memerintah dan ditangani secara tidak adil oleh kerajaannya sendiri?

 

Upayakah petugas wanita di perbadanan penyiaran berprinsip berbanding petugas lelakinya yang kelihatan terlalu kerap mencemuh kegenderan dengan dasar bias yang menterjemahkan ketidak bolehan Amerika mempunyai seorang presiden wanita?

 

Akhirnya sejauh manakah kebersediaan petugas dan pengamal di badan penyiaran dan stesyen media Amerika memperbaharui perubahannya seperti mana yang dilakukan oleh Eropah dan Asia yang telah berjaya meletakkan kepercayaan kepada wanita mereka sendiri yang berkelayakan bagi mengetuai kepimpinan negara menjadikan Amerika masih satu-satunya negara moden barat yang masih ketinggalan untuk kekal didominasikan oleh lelaki? Adakah ini disebabkan oleh pilihan dan sikap dari pendirian kaum wanita mereka sendiri? 

One thought on “Penglipur Dan Penghibur Tidak Berdusta?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s