Re For Ma Si

Membaca buku Reformasi Pendidikan di Malaysia telah menemukan beberapa garapan di minda ini.

Bagaimanakah perkaitan bina insan dengan sistem pendidikan negara yang seolah-olah tidak berkeberdayaan memulihkan kekuatan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantara penyebaran ilmu dalam usaha menjadikan prinsip-prinsip rukun negara dihadami oleh rakyat yang mengakui pemeliharaan bahasa sebagai pengukuhan yang menyatukan kepelbagaian bangsa di Malaysia?

Apabila mengketengahkan sasaran sistem pendidikan barat/eropah, apakah pelupusan bahasa yang menjadi proses pemangkin kecapaian pembangunan manusia perlu diabaikan oleh keperluan bahasa inggeris menjadi keutamaan tatkala tujuan berpengetahuan adalah bagi memenuhi pasaran perkhidmatan kerajaan dan swasta di dalam negara?

Pendidikan tanpa kekuatan moral antara kelemahan utama yang diterjemahkan oleh pegangan nilai masyarakat sejak beberapa generasi yang selama ini dilahirkan oleh dasar dan sistem pendidikan yang mengutamakan pengekalan ekonomi sebagai asas membentuk masyarakat.

Adakah kesan pendominasian ini upaya ditangani apabila pendominasian pada sudut-sudut politik, ekonomi, sosial,  kemasyarakatan, kebajikan dan aktiviti masyarakat sepenuhnya diwakili mengikut bangsa sementelahan telah dizahirkan pada dunia antarabangsa sudut-sudut ini didominasikan juga mengikut bangsa, etnik  dan negara?

Sistem sekular dengan nilai pegangan kebendaan yang dicorakkan oleh dasar pendidikan barat (juga timur tatkala sistem pendidikan islam tidak upaya diberdaya fungsikan kerana memenuhi kehendak piawaian masyarakat intelek kristian)  yang masih kekal meningkatkan kadar pengangguran apakah terkeluar dari mendapat perhatian reformasi pendidikan kita?

Dasar pendidikan sesebuah negara sebenarnya bertujuan bagi memenuhi keperluan siapa?

Adakah kesan tidak berkelulusan menjejaskan makna berpendidikan walau pun seseorang itu berpengetahuan?

Penetapan daya berinovasi di dunia baru apakah kekal menjauhkan akhirat tatkala planet-planet di luar graviti dijelajahi?

Bagaimanakah mengukur batas dan sempadan celik intelek tatkala kerajaan dan kompenannya yang menjadikan kewujudan rakyat yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan yang meningkatkan kadar pengangguran apabila permintaan tidak wujud oleh kekurangan produktiviti?

Terfikir juga adakah proses membasmi buta huruf memadai dengan menempatkan medan hiburan di tengah-tengah kemelut zaman yang menuntut dipenuhi pengisian kebangkitan ummah?

Saat ini saya sudah ketiadaan nama dan alamat untuk mengirimkan catatan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s