Pada Ulang Tahun Mu

 18.12.2011

Tidak seperti tahun 2009 dan 2010 , acara ulang tahun merayakan kemerdekaan Qatar kali ini bagi tahun 2011 hanya ditonton dari siaran tv kebangsaan Qatar rangkaian 229 walau pun kami telah berada awal di Cornieche.

Kami pulang sebelum acara rasmi bermula.

Alasannya – kami tersalah memilih lokasi untuk dilalui iatu berada di belakang tempat duduk yang disediakan untuk tetamu undangan dan laluan masuk utama dif-dif kehormat yang dikawal oleh pasukan keselamatan yang ‘tidak mesra’ dengan wajah bukan arab kami.

Walau pun saya berbangga berjaya menambah bilangan pengikut yang mengiringi saya yang sebelum ini hanya ditemani oleh anak gadis, saya kecewa kerana perlu pulang awal. Terlihat kekecewaan di wajah anak-anak semuram cuaca di awal pagi.

Sejak kebelakangan ini Qatar di’jelagai’ oleh kabus seperti ‘dukhaan’ yakni asap tatkala negara ini tidak ada kilang-kilang pembuatan yang mengeluarkan bahan toksid selain loji penapisan minyak dan gas yang pelantarnya di tengah laut.

Dukhaan adalah asap.

Berkumuhkan alam?

Menjadi penghijrah bukan sesuatu yang mudah untuk diabaikan bahawa kami masih menjadi hanya pekerja asing yang hanya diperlukan tenaganya sahaja.

Di mana-mana negara pun kerajaan dan rakyatnya akan bersikap dengan sikap yang serupa mengutamakan rakyat sendiri yang merupakan kroni kepada negara bukan kroni kepada parti.

Menjadi kroni kepada parti menyebabkan rakyat menjadi serba salah.

Lalu adalah tidak benar jika mahu diujarkan wujud kerakyatan globlalisasi dengan passport antarabangsanya menjadikannya mempunyai kerakyatan lebih dari sebuah negara.

Anak-anak mengajak saya pulang apabila kedengaran rungutan saya yang berasa malas untuk berpusing di muka jalan di hadapan Corniche kerana berpusu-pusu para pekerja bujang tanpa keluarga diasingkan dari menyertai perhimpunan awam.

Mereka bukan dikeluarkan dari khalayak awam tetapi negara ini berteraskan kekeluargaan yang menjadikan wanita diberikan lebih perhatian. Maksud saya wanita lebih mudah diberikan keutamaan di dalam waktu-waktu tertentu. Tetapi khusus hanya buat wanita tempatan rakyat mereka sendiri.

Misalnya kami melihat bagaimana seorang wanita dan anak-anaknya meminta polis yang bertugas menghantar anak-anak dan dirinya ke tempat yang ditujunya.

Walau pun pada awalnya kelihatan anggota petugas keberatan untuk memenuhi permintaan wanita itu, sikap seperti ‘memaksa’ adalah sifat selari untuk wanita arab.

Memaksa ini benar-benar membuatkan saya tersenyum. Wanita mempunyai cara tersendiri untuk memaksa sehingga kita menjadi terdera….

Sungguh saya maksudkannya… wanita di sini mempunyi cara tersendiri untuk memaksa.

 

Anak gadis saya menyatakan bahawa kali ini kehadiran semakin meningkat.

Keadaan lebih teratur dan terorganisasi sehingga acara yang bermula jam 8.30 pagi itu ditamatkan pada jam 9.30 pagi.

 

‘Mengapa masih wanita pertama HH Emir tidak menghadiri acara rasmi ini?’

‘Bukankah boleh didirikan ‘grand stand’ ke dua hanya untuk isteri tetamu negara yang diundang menghadirinya?’

‘Masih tertutupkah minda masyarakat arab walau pun wanita mereka berhijab dan dilazimkan dengan budaya diasingkan di antara lelaki dan wanita?’

‘Mereka terlalu bertabarruj agaknya menjadikan perhatian akan berkurangan diberikan kepada HH Emir dan putra-putra baginda.’ Lawak salah satu suara.

‘Masih belum modenlah jika begitu Qatari ini.’

‘Kecantikan itulah menjadikan cadur sebagai asas ketenteraman diperolehi.’

‘Benar juga, apabila terlalu dipertontonkan ‘keindahan’ peribadi syaithan dan jin akan mula berhasad iri.’

 

Kebelakangan ini kami melihat seperti menjadi satu ‘trend’ lelaki-lelaki arab berpasangan dengan wanita asing yang kelihatan seperti ‘pengiring atau escort person’  berjenama asia. Boot ala ‘Push in the boots’ dari jenis kulit sehingga ke lutut, warna-warna terang memerah mata kerana hangat bernyala garangnya mulai menjolok mata kami kerana wanita seperti itu mengiringi lelaki yang berjubah putih malah berigal di kepala…

 

Mata kami galak melihat rambut-rambut berwarna perang kemerahan semerah calitan debu bebedak ‘pink’ di pipi selain di ulas bibir, dengan gelang bak bebiji getah atau gelang suasa sebesar cekak buluh di pergelangan tangan, malah butiran persis biji tasbih berkilau mutiara besar dan kecil terkalung di leher wanita-wanita ini, membuatkan kami menduga-duga sendiri, gerangan apakah yang mulai mewabak di khalayak warga tempatan ini?

Aduhai gerangan apakah yang mula menuba di mata kami?

Ini bukan bernada hasad wahai emosi ianya adalah kerana apakah wujud wabak virus yang menjadi kuman di hati sehingga kesedondonan ini sudah mulai tercemar bagi putih dan hitam yang mahu dizahirkan sebagai budaya bagai masyarakat arab.

Aduhai adakah wanita-wanita atau lelaki-lelaki yang sedang berpenyakit kronik mahu diberikan kesempatan mengechap madu oleh persyarikatan perkahwinan yang memerlukan penajaan?

Sungguh.

Pencarian jodohkah yang menjadikan halangan untuk harta tidak diperebutkan sudah mulai menjadi tema perkahwinan?

Muhahahahhahaha saya terasa amat ingin mentertawakan kuncu-kuncu teja yang menyelamnya bukan hanya untuk meminum air tetapi ahhhh – bukan urusan saya dengannya lagi.

Mencari yang halalkah dikau wahai teja?

Saat ini sedikit rasa bangga melihat hakikat wanita bangsa saya sendiri hanya berdiri dan berjalannya di samping suami mereka (ini mengecualikan para pemuda pemudi yang bersatu hati kerana ekstrimis emosi )

Wanita bangsa saya masih belum dijual murah di pasaran terbuka.

 

Thanaif! Lupakah dikau tentang wanita bangsa mu yang diberikan lesen untuk dijual murah di pasaran tertutup?

Teja mulai menyaringkan suaranya.

Sukar mahu menjadikan sessi monolog dihentikan.

Dan amat kecewa kami di hari itu apabila wujud persaingan tanpa disedari oleh komuniti dari asia yang mendominasi secara rahsia untuk menampilkan perpaduan mereka di tempat kami bersama-sama mencari rezeki.

Begitukah kehidupan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s