Ke Manakah Dikau Menghilangkan Diri?

When can we do speak more sincere about numerical church architecture that have been built when we do know only islam be prove religion by The Almighty God?

Catatan pesanan ringkas dari C903 – 12/11/2011 ditemui di dalam fail yang bertindih-tindih judul kerana tidak terurus akibat sering berpindah randah dari Toshiba 1 ke Toshiba 2, dari Toshiba 2 ke Mini Compaq yang akhirnya menjengah ke Vaio Sony.

Ia menghilangkan hampir seluruh fokus saya dan menumpulkan minat untuk menulis. Sementelahan beberapa tajuk kecil dari fail yang tersimpan di USB hanya mempaparkan helaian skrin yang kosong.

Anak-anak mengusulkan agar saya menyalin kesemua catatan menggunakan tangan. Saya tidak mampu kerana tahun ini memasuki tahun ke enam membiarkan ‘mesin bodoh’  menjadi laman untuk simpanan catatan yang dihasilkan secara spontan yang semakin bertambah bilangannya.

Saya memang bencikan ‘mesin bodoh’ yang diberikan taraf intelek. Tidak adil mesin kaku mahu diberikan status intelek saat wujud kemahiran yang diasuh menyemai kecekapan berfikir dari manusia tidak berkelulusan tinggi dipersendakan.

Sonsangan ini agak kritikal di minda saya.

Bukan semua perlu menjadi ahli fizik yang memerlukan ketepatan kiraan untuk menguji kepantasan laluan cahaya. Semua orang boleh melakukan perjalanan ke bulan selain orang kaya? Mudah memahami logik mempesaingkan gender pada dunia rohani nasrani sehingga masyarakat kekal berkonflik.

Saya ingin mengutus bicara kepada Vatican City.

Rakan saya sudah menghilangkan diri. Dia semakin diam. Jenuh saya menanti.

Apakah benar Kota Kahirah menganuti kebebasan  yang  tidak  ada  juru  pandu  arahnya?

 

“Dikau tidak menyukai ku kerana anutan bahai ku?”

 

Dia membuka lagi rahsia peribadinya.

 

“Seni sastra apakah yang dinukilkan dari Al-Quran?”

 

“Seni ‘muraqabah’ yang mengemas rapikan diri dengan ilmu untuk beramal setelah beriman tentang Allah.”

 

“Sangka mu saya tidak mempercayai Tuhan?”

 

“Bukan sekadar mempercayai tetapi menerima kehadiran Allah di dalam setiap urusan kehidupan kita.”

 

“Bahasa membina intelek. Al Quran kami membina intelek apabila upaya ia dihayati menggunakan faham minda yang jelas. Apalah  maknanya  apabila  bahasa  yang  dituturkan  tidak difahami? Bagaimanakah diraih  kekayaan  spritual  bilamana  acuan  digunakan  tatkala berbahasa?”

 

Rawan  hati  bagai dipasung  luka. Apakah  tidak  upaya  tidak  dijadikan  tingkalak  menghadap  mudik  lukah  menghadap  hilir?

 

Dia diam sambil mencatat sesuatu.

Catatan saya bilakah akan selesai?

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s