Sebahagian Dari Catatan Lama

Mindanya terkesan dengan makna dari surah An-Nisa ayat 119 yang  diperincikannya sebagai mencacatkan haiwan ternakan.

 

Kajian penyelidikan menjadi wacana Al-Quran  dan kepada siapakah mahu ditanyakan tentang kekeliruan mengenai Kod 19 yang menumbuhkan fakta fizik berdasar bilangan angka dari surah-surah di dalam Al-Quran?

 

Apakah  keunikkan  angka-angka  akan  menjadikan  manusia  semakin tersesat?

 

Syaitan  gemar  berbisik  supaya  manusia  suka berangan-angan dengan istilah hari ini melahirkan idea agar dibelah telinga-telinga haiwan ternakan yang kesannya menimpakan kerugian kepada masyarakat itu sendiri.

 

Terjemahan ayat itu berulang kali digemakan di hati.

 

Mengubah  mutasi  yang  penukaran  bakanya mengakibatkan  gen sel  menjadi  tidak  sempurna hingga  antigen keseimbangan  protein  tidak upaya mengimunisasikan  kedaya-tahanan  tubuh pemakannya, apakah  tidak  boleh  difikirkan oleh orang awam?

 

Bagaimana  pula  dengan  keindahan  yang  dibantu  pulih  untuk  menyembunyikan  usia  yang  kian  meningkat, tidak sengsarakah  tatkala dibenarkan  hormon estrogen  dikirai  rungkaikan  dengan  virus yang  upaya  dihasilkan  oleh implan?

 

Ahhhh wanita-wanita  ini  marahnya  sukar  difahami  riangnya pula begitu  mudah  diredakan.

 

Begitu rendahkah nilai seorang wanita?

 

Kepada siapakah mahu ditanyakan tentang risiko yang perlu didepani tatkala asid deosiribonukleik  mulai menyentuh minda untuk dicari kesahihan fakta anak ikan tetap membesarnya sebagai ikan yang tidak mungkin membesar menjadi yang lain dari benih ia dihasilkan?

 

Akan meruapkah kehangatan di hati oleh cemar batin yang inginkan penulenan diri?

 

Saya semakin gusar saat suara-suaranya semakin hilang di udara.  Saya hanya ingin bertanya padanya apakah ilmiah seperti tidak wajar diketahui oleh mereka yang tidak berpendidikan tinggi?

 

Bagaimanakah cara berkirim warkah antara Sultan di Aceh dengan King James 1?

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s