Bagaimana Upaya Diam Tatkala Saya Tidak Bersuara?

Saya tidak suka memaksa.  Semuanya perlu dilakukan dengan rasa terpaksa apabila dia suka memaksa. Dia mendakwa saya terlalu lantang berbicara tatkala saya tidak pernah mengeluarkan suara. Saya hanya menulis catatan dengan tulisan sedangkan dia yang banyak bersuara kerana berbicara.

 

Kali ini saya mahu mendengar suara santunnya menzahirkan keberanian.

Adakah siri ‘Jack Ass’ siri tontonan yang berupaya meningkatkan intelek?

Mengapakah mempertontonkan ponggong dianggap budaya berkemajuan di zaman moden sehingga dimeriahkan dengan dijadikan tontonan untuk tayangan keluarga oleh stesyen-stesyen tv satellite?

Adakah kerana rankingnya, kerana keberaniannya, kerana kebaratannya, kerana sifat seninya kerana bakatnya kerana kemodenan tamadunnya, kerana ketoleransian tingginya, kerana keterbukaan sikap masyarakatnya, kerana kebebasannya, kerana hak asasinya kerana kebebasannya atau kerana budayanya?

 

Adakah negara Teluk juga sedikit masa lagi akan membenarkan aksi menunjukkan ponggong menjadi slot adegan bagi mempertunjukkan pameran emosi setelah ‘belly dance’  menjadi imej bagi bangsa arab?

Inikah antara kaedah untuk ‘psikologi sosial’ setelah mendapat ranking untuk dibenarkan ia menjadi sebuah filem tontonan umum?

Tingkah laku ini akan mengubah peri laku moral siapa?

 Kecacatan akal siapakah yang mahu dijulang oleh generasi dan masyarakat hari ini?

Adakah benar masyarakat hari ini perlu dimodenkan untuk bersikap toleransi tinggi terhadap pembogelan jasad dan tubuh badan wanita dan lelaki yang menganggap ia adalah pekerjaan dan benarkah holly wood dan yang setaraf dengannya adalah institusi bagi melahirkan jawatan-jawatan ini di setiap zaman untuk diwariskan kepada generasi?

Mereka bukan perosak masyarakat kita kerana kita menerima dan menghormati cara hidup mereka.

 

Dan adakah Qatar dan masyarakat modennya mulai sedia membawa adegan bukan mewakili cara hidup muslim seperti yang dikandungi oleh Black Gold?

Apakah perubahan ini dianggap kejayaan takala ia hanya kelaziman tradisi yang diulangi dari masa ke semasa?

 

P/S:

Catatan peribadi saya dicerakinkan untuk menjadi simbol birahi tanpa berusul selidik tentang niat saya untuk memahirkan wanita bagi menolak sikap salah laku yang dilaraskan oleh ‘Ego Diri’ sendiri.

Satu lagi pesan saya berhentilah memaksa. Saat saya menerima makna berdiskusi ialah bertujuan mencari kebenaran dengan adil dan saksama.Usah meminta saya diam kerana saya sememangnya tidak bersuara.

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s