Nasab Dari Sebelah Emak

Susur Galur tejathanaif @ thanaif

Bismillahhirrahmanirrahim.

 

Mulai menjejaki susur galur nasab emak saya Nafsiah binti Salleh pada 6-10-2010.

Sehingga pagi tadi 16-10-2010 menerusi panggilan telefon ke tanah air, senarai moyang saya di sebelah emak hampir sempurna.

Menerusi maklumat yang diberikan oleh emak dan adik-adik lelakinya Haji Jaafar bin Salleh dan Haji Hashim bin Ali (adik satu ibu berlainan bapa) tersusunlah susur galur berikut :

Piut saya ialah Kail yang berkahwin dengan Norio.  Pasangan ini telah melahirkan zuriat seramai dua belas orang.

Informasi ini  mengesahkan bahawa jurai keturunan moyang saya yang tidak melansungkan perkahwinan campur dengan mana-mana ras dengan kekal kedudukannya sebagai bangsa melayu tulen dari masyarakat kampung yang menjadi peneroka awal kampung-kampung di sekitar Kampung Terentang, Sungai Talan dan Geylang.

 

Selama ini tujuan pemanuskripan ini telah disalah-ertikan oleh kebanyakan mereka yang rapat dengan saya sehingga banyak gambar-gambar saya dipadamkan malah akaun saya di face book ini telah digagalkan untuk menyusurinya setelah akaun ini dikesan telah dipadamkan oleh seseorang yang bertindak memecah masuk kata laluan laman peribadi ini.

 

Landasan berkomitmen hasil dari perkahwinan mengenalkan asas untuk manusia saling berperadaban.

 

Susur Galur tejathanaif @ thanaif setakat ini berjaya disahihkan adalah melayu tulen di sebelah ibunya  tanpa wujud percampuran darah lain-lain keturunan. Tidak tersua lagi darah Arab atau darah India atau darah Cina  yakni bangsa yang menyebarkan agama melalui perdagangan.

 

Paling utama saya berasa bangga tidak mempunyai darah dari keturunan mamak.  

(Mamak bermaksud lelaki berketurunan india yang menganut islam. Mamak juga bererti adik beradik lelaki di sebelah ibu. Selain itu mamak juga difahami sebagai status jawatan penting pemerintah dahulu kala selain dikenali juga sebagai ketua adat bagi masyarakat minagkabau)

 

Mungkinkah keadaan akan berubah apabila jurai keluarga piut miut ku dari Sumatera ditemui tatkala susunan jalur galur keluarga emak dilakukan secara bersendirian tanpa bantuan?

 

Ras saya jelas tidak terancu.

Dan sangat ditegaskan penyataan ini tidak boleh dianggap sebagai isu yang bersifat rasialisme!

 

Memelihara adat dengan dokongan syariat sifat masyarakat melayu di  Negeri Sembilan menjadikan adat perpatih perlu difahami.

‘Tatkala kecil bernama muafakat, tatkala besar bernama adat.  

Si raja adat kepada muafakat.

Air melurut dengan bandarnya.

Benar melurut dengan pakatnya.  

Negeri bertumbuh dengan adatnya.

Muafakat lalu di dalam gelap.

Adat lalu di tengah terang.

Hilang adat kerana muafakat.

Hidup dikandung adat.

Mati dikandung tanah.

(Puis Melayu)

 

Pastinya adat itu bermula dengan beradab yang menyabitkan sifat moral dan akhlak, kata nuraniku.

 

Jurai dari nasab sebelah ibu ku Nafsiah binti Salleh bin Fakeh melalui nasab ibunya (nenekku)  ialah :

 

Tiami binti Sulit bin Kail.

Moyang ku Sulit bin Kail telah menyebar luaskan jurai keturunannya di seluruh daerah Jempol di Negeri Sembilan.

Informasi ini berdasarkan perbualan dengan adik lelaki berlainan bapa emak (Haji Hashim bin Ali)  pada 15-10-2010 sekitar jam 6 pagi waktu Doha.

 

Daerah Jempol.

Masihkah sederhana tahap gema bunyi-bunyian di kampung ini?  Tatkala daku merindui sayup-sayup bunyi-bunyian di balik gunung. Persaudaraan yang didekatkan oleh keunikan makanannya. Unik?

Di kebanyakan rumah yang masih memiliki generasi dari warga emas sangat berlainan suasana dan rasa yang diterbitkan oleh wangian kasih sayang keluarga.

Kami upaya menjadi ‘saudara’ oleh makanan.

Ibarat penganan, adunan kasih sayang semaian dari tapak sebuah keluarga ke keluarga yang lainnya sering melimpahkan penghormatan dan penghargaan walau pun kebanyakan kami pada waktu itu dilingkari oleh batas-batas di luar kemampuan.

Bapa-bapa saudara dan datuk nenek yang kian menurun jumlah bilangannya oleh gesaan fitrah usia yang membataskan aktiviti mereka pada waktu itu tetap terpandang dan mendapat penghormatan yang tidak disimbolkan semata-mata.

 

Penganan adalah penyatuan manis gula kabung dengan lemak santan yang diambil dari kelapa muda ialah perumpamaan indah salasilah hubungan kekeluargaan sanak saudara yang berbagai suku.

(Suku Munkal, Biduanda dan Selemak menyusun santun budi dan jasa cinta piut dan moyang yang kekal kebanyakannya meninggalkan kemiskinan harta untuk diwarisi tetapi mengkayakan kami dengan jiwa untuk sering senang dan beroleh rasa bahagia dengan sifat ‘duduk dahulu sebelum berlunjur’.

 

Unik.

 

‘Kata orang kata bercalon, kata berbalok.

Kata Pegawai kata berhubung.

Kata Hulubalang kata tunggal.

Kata Undang kata perhiasan.

Kata Raja kata berliput.

Kata Maalim kata hakikat.

Kata Adat kata yang benar.

Ke laut menuju alor.

Ke darat menuju benar.

Bertahun menuju musim.

Kalau tak menuju alor, tumpat karam.

Ke darat tak menuju benar, siar bakar.

Bertahun tak menuju musim, sambaing hangus.

Berdiri meninjau jarah.

Duduk meraut ranjau.

Menyerodok, galas lalu.

Menyelam minum air.

Lain bidok lain galang.

Kaki terdorong, badan binasa.

Cepat tangan dapat hutang.

Mulut terkata-kata, emas padahnya.

Terpijak benang arang, hitam tapak.

(Pusi Melayu)

 

Indah. Indah inilah yang unik. 

 

 

2 thoughts on “Nasab Dari Sebelah Emak

  1. Pemanuskripan diri nenda saya dikisahkan indah hasil tangan tulisan bonda.
    Saya adalah anak perempuan tejathanaif , mengungkap Bonda saya.
    Terpegun sendiri membacakan setiap baris patah perkataan terutamanya “adat itu bermula dengan beradab yang menyabitkan sifat moral dan akhlak”.
    Nilai sebuah keluarga selain jumlah anggotanya? – peradabannya.
    Tergamam kerana saya yang berupaya tenaganya tidak berdaya untuk menuliskan tentang sejarah keluarga. Demi Bonda,

    • Anakanda,
      Walau pun kita bukan dari istana demi luhur kita berbangsa adabnya bonda pelihara …

      Semua ini kepada mu emak letakkan demi kasih sayang
      demi memelihara abang mu yang tua dan adik-adik mu yang berdua

      Dikaulah pemegang amanah bonda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s