Siti Sarah Dan Siti Hajar 1

Saya dan anak-anak tidak suka menonton siri Survivor yang dikendalikan oleh seorang lelaki yang dibenarkan mengajar penontonnya melakukan perkara yang tidak ada perkaitan dengan makna etika ketika dunia masih belum memerlukan pengubahan dari cara hidup sebagai manusia yang berperadaban kepada cara hidup manusia yang pernah hidup di zaman purba.

Sering kalinya tatkala berbual dengan Hanan, Mustaqim dan Hilman jelas anak-anak saya keliru dan berasa kerasionalan mereka diperendahkan oleh siri seumpama itu.

Memakan najis atau serangga dan ulat, membunuh dengan sengaja haiwan setelah dimasak yakni dibakar yang kemudiannya dibuang begitu sahaja tatkala dagingnya dirasakan tidak sesuai dengan ‘taste’  dan selera manusia di dekad ini, sedia bertelanjang bulat untuk menunjukkan keupayaan dan kemampuannya untuk berada di tempat bersalji tanpa pakaian, saya dan anak-anak memilih untuk tidak menontonnya.

Saya bersyukur kepada Allah kerana anak-anak saya juga menghindari dari menonton sebuah lagi siri Survivor yang sering memperlihatkan penyertaan wanita yang berpakaian separa sempurna bagi memenuhi skrip dan menyesuaikan keadaan mereka dengan iklim lokasi yang dipilih.

Sehingga hari ini saya sering tertanya apakah alasan skrip atau kehendak penerbit maka wujud adegan peserta lelaki dan wanita berbogel di pantai negeri Johor yang bukan beriklim gurun sedikit masa yang lalu.

Sering saya mahu mengetahui adakah produksi penerbitan itu diberitahu mengenai piawaian standart yang dimiliki oleh undang-undnag penyiaran negara saya Malaysia bahawa menghormati agama, budaya dan adat resam ketika membenarkan peserta Survivor beraksi dan bersaing untung bertarung sesama sendiri di dalam keadaan yang tidak berpakaian?

Adakah ‘entertaint’ yang menjadi budaya masyarakat barat tidak dilandasi oleh moral setelah mereka menolak agama untuk berfungsi dan membenarkan bahawa masyarakat di dunia hiburan tidak beragama?

Lantaran kerana semua ini kami memilih melakukan aktiviti yang menjadi hobi dan kegemaran yang boleh dikongsikan bersama di antara saya dan anak-anak yang masih terlalu muda usianya masih mentah pengalaman serta serta kurang kemahirannya mengaplikasikan banyak perkara yang melibatkan aktiviti harian mereka tatkala kami berada jauh dari tanah air dan sanak saudara serta rakan teman.

Misalnya apabila saya membaca sesuatu informasi yang bermaklumat saya bawakan huraian sesuai dengan kesediaan anak-anak saya menghadaminya. Seperti mana saya pernah ditanya oleh salah seorang anak mengapakah wanita lebih dimuliakan oleh agama islam berbanding agama-gama lain?

Saya bertanya semula kepada anak-anak tentang isteri-isteri Nabi Ibrahim (as), yakni Siti Sarah dan Siti Hajar siapakah yang melahirkan bangsa yahudi dan mereka yang beragama nasrani?

Anak-anak saya terpegun.

Siapakah Siti Sarah dan Siti Hajar, emak?

Isteri Nabi Ibrahim (as). Seorang yang dinikahinya dengan pilihan sendiri dan seorang lagi adalah wanita yang diberikan untuk dijadikan sebagai isteri sebagai tanda penghormatan kepada Siti Hajar setelah Firaun (mungkin kerabat pemerintah Mesir ketika itu) gagal menzina Siti Hajar.

Saya menerangkan kepada anak-anak tentang perangai jahat dan rendah moral ini sering menjadi watak lelaki yang tinggi kedudukannya di mata masyarakat. Kekayaan dan kuasa sering dibenarkan menjadi hiasan dan ciri seorang lelaki yang dihormati tetapi rendah moralnya yang dirahsiakan kerana masyarakat mereka mendokong pemalsuan sikap dan moral khalayak yang diwibawai oleh kuasa nama darjat dan kekayaan.

Dan seorang lagi adalah wanita yang dipilih oleh Allah menjadi isteri Nabi Ibrahim yang melahirkan Nabi Yaakob (as) dan keluarga Nabi Isa (as).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s