Siti Sarah Dan Siti Hajar 2

 

Jauh di sudut nurani sesekali saya berhadapan dengan kesukaran bagi menjelaskan bagaimanakah lelaki-lelaki lemah terpaksa dijadikan pemimpin dan adakah kerana penyonsangan naluri fitrah di antara lelaki dengan lelaki ini mewujudkan keadaan yang sama berlaku di kalangan wanita bangsawan sebagai pilihan satu ketika dahulu?

Tiba-tiba anak gadis saya membawakan kisah tentang salah seorang wanita biasa dari dunia glamor hoolly yang ditabalkan menjadi Permaisuri di sebuah negara kecil di Eropah yang sangat rendah moralnya tetapi demi melansangsaikan hutang yang dihadapi oleh pemimpin negara itu pilihan untuk perkahwinan di raja itu dijadikan seperti kisah Cinderella atau Snow White dengan Prince Charmingnya bagi diimbuhkan keuntungan.

Saya memahami bagaimana reaksi anak-anak dengan sentimen negetif yang kekal mahu dibawakan oleh dunia hiburan yang tidak ada perkaitannya untuk dijadikan sebagai medan berpengetahuan generasi dari masa ke semasa.

Siapakah yang bertanggungjawab di atas semua kekeliruan anak-anak ku?

Hati saya sering tersentuh dengan lintasan pemikiran dan permainan perasaan mereka.

Kami kini berada di laluan yang mahu dikenali sebagai antarabangsa moden sehingga angkasa dan gelombang di udara dijadikan tidak berpintu sehingga dipaparkan ketoleransian masyarakat yang berintelek untuk menerima lakonan gadis dan anak muda juga lelaki dan wanita berbogel dengan diperlihatkan kemaluan lelaki dan wanita tanpa rasa silu.

Apakah golongan muda dewasa ini tidak mengetahui bahawa semua ini telah dilakukan oleh nenek moyang datuk nenek ibu bapa mereka sebelum mereka? Dan adakah mereka tidak menyedari bahawa mereka adalah generasi yang dicetak untuk diulang dan dikitar semula mengulangi perkara yang sama berulang kali yang saya percaya turut akan dilakukan oleh anak dan cucu serta cicit mereka kelak? Mereka diundang membaharui apa yang telah lama menjadi usang.

Soalan ini saya tanyakan kepada diri sendiri tatkala anak gadis saya memperkatakan mengenai salah sebuah tayangan di televisyen arahan wanita dari Australia mengenai kewujudan komuniti pelajar pelacur (secara tiba-tiba saya teringat pada catatan lama apakah tidak upaya dibenarkan pelajar-pelajar berkhidmat di restoren sebagai pekerja bukan pelacur bagi membiayai pembelajaran mereka – jikalah kesemua catatan peribadi kita disalah terjemah dan disalahgunakan siapakah yang bertanggungjawab untuk menghadapi fitnah – ini antara kesakitan di hati yang sukar diubati apabila mengenang kehilangan catatan-catatan di fail peribadi microsoft word saya dan catatan di blog-blog).

Anak yang menjadi pemantau mata saya menyatakan dia tidak nampak mesej yang cuba dibawakan melainkan keterlaluan dizahirkan gadis-gadis berbogel di dalam siri yang ditayangkan di kaca televisyen kami. Dan kebencian terlampau kami secara peribadi amat beralasan apabila mengenangkan ‘rakan-rakan’ salah seorang anak saya yang bertindak kekal berterusan mengganggu kedamaian kami sekeluarga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s