Semalam 1

Semalam (5  hb Mac 2012)

6 hb Mac 2012

Saya tidak dapat membuat lukisan geraf bagi denyutan nadi dan jantung di skrin ini mengenai peristiwa semalam yang bermula sejak kelmarin.

Ini agak keterlaluan andai berfokuskan hanya untuk mempersendakan saya dan keluarga.

Cara ‘mereka’ memandang rendah kepada pemilik nama pena tejathanaif@thanaif  sering membuatkan saya termenung.

Termenung kerana ‘mereka’ mengundang kami sehingga terpaksa berziarah ke Jabatan Psychiatrist, sesuatu yang tidak saya jangkakan sedia dilakukan kepada saya dan anak-anak.

Apakah wujud kebenaran persoalan gangguan pskitrit semakin menjadi wabak yang menambah rangkaian penyakit di alaf baru ini sesuai dengan perintisan yang menerokai bidang industri baru dari sumber pengurusan pembangunan manusia?

Menjadi satu sifat pemberat kepada kewarasan minda dan akal manusia sempurna apabila terpaksa berjalan memasuki bangunan perawat jiwa.

Mengapakah rasa malu menjadi sifat masyarakat moden yang dianggap berperadaban kerana tinggi pengetahuannya sehingga mereka yang hanya menjadi pelawat upaya terganggu kerasionalannya andai menjejak kaki ke pusat sebegini.

Mengapa agaknya ya?

Dari sudut manakah dengan hanya mendapat rawatan atau nasihat juru perunding di Jabatan Psychiatrist dan hanya dengan menjejakki jabatan ini atau mempunyai saudara atau kenalan yang pernah dirawat di sini kita boleh berasa menjadi hina berasa menjadi malu berasa rendah diri sehingga upaya berasa terganggu sehingga upaya menjadi tidak rasional?

Kami ke Jabatan Psychiatrist Doha sebuah pusat rawatan kepada otak yang dikatakan sering dikuasai oleh jiwa dan emosi.

Sukar mahu menjelaskan semua ini apabila ia akan melibat individu yang tidak wajar dijadikan bahan persendaan!

 

Semuanya bermula dari rasa terkenang budi.

Tatkala tiga minggu pada ketika suami pulang ke tanah air atas urusannya saya berdepan dengan masalah urat di bahu dan seluruh belakang badan sehingga tidak boleh berbaring membongkok memakai pakaian dan semua pergerakan normal.

Seorang kenalan anak menemukan seseorang yang dikatakan upaya membantu membetulkan kedudukan urat saya yang tersalah letaknya kesan dari kebiasaan sejak budak-budak tidur dengan keadaan mengereng ke kanan dan ke kiri sahaja.

Seorang juru pulih yang boleh dianggap terbaik ialah tatkala kita berhadapan dengan kesakitan ia berupaya menjadikan kesakitan itu dipulihkan di luar kesedaran walau pun dengan kaedah mengurut yang amat menyakitkan.

Juru urut ini mempunyai kemahiran yang tidak upaya dikesan andai kita hanya berurut pada ketika kita sihat dan tidak berhadapan dengan masalah urat.

 

Memang ada beza cara urutan seorang tukang urut dari bangsa saya dengan bangsa wanita ini yang lebih cenderung ke arah pemulihan untuk melegakan tekanan-tekanan dalaman tubuh yang kita hadapi oleh rutin harian dan sanggaan bebanan yang wujud pada pemikiran oleh realiti cabaran kehidupan seharian.

 

Kepada saya dia seorang yang periang walau pun sudah berumur.

Dari perbualan kami saya dapati dia seorang yang sabar walau pun adakalanya dia kelihatan keletihan kerana menggunakan sepenuh kekuatan tangan dan kudrat tenaganya semasa memberikan rawatan mengurut.

 

Tidak banyak yang dibualkannya tentang rakan-rakan dan majikan selain berkisar pada kisah kehidupan keluarganya di Filipina.

Ibunya adalah pengusaha tanaman tebu.

Dia mempunyai seorang adik perempuan dan seorang saudara lelaki yang telah berumah tangga.

Dia berminat dengan agama Islam tetapi tidak mempunyai peluang untuk mempelajari agama itu kerana kehidupan keluarganya yang menganut Kristian tidak memudahkan untuknya mempelajari Islam walau pun mengetahui cara hidup seorang Islam.

Dia memelihara anjing namun menurutnya dia tidak merokok atau meminum minuman alkohol.

Tidak gemar bersosial dan hanya akan berada di rumah sahaja jika dia mempunyai masa yang terluang.

Dia menamatkan pendidikan sekolah menengahnya dan banyak berinteraksi dengan kanak-kanak dan orang-orang tua.

Jika saya tidak silap dia berpengalaman bertugas di rumah kebajikan dan rumah orang-orang tua.

Pernah membantu dengan cara trapi untuk pesakit yang lumpuh dan menguruskan pesakit yang terlantar sakit.

Antara kegemarannya ialah membaca.

Pernah berkhidmat di Abu Dhabi dan dia mengujarkan pernah berhadapan dengan karenah lelaki tua yang berkerusi roda yang dibantu rawatan pemulihannya yang cuba memegang dadanya.

Dia menjadi lebih tidak keruan apabila isteri lelaki itu hanya memintanya mendiamkan sahaja kisah itu malah pernah memintanya mandi bersama-sama.

(saya tidak tahu bagaimana cara orang arab mandi sekiranya sedia mandi bersama-sama dengan para pekerjanya dan saya tidak bertanya dengan lebih lanjut lagi)

Bukan urusan saya! Tetapi saya menyedari bahawa dia mungkin meminta perhatian saya dan anak gadis bagi menjadi tempatnya mengurangkan tekanan oleh keletihan yang dihadapinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s