Semalam 2

Saya terkenang budi baiknya menjadikan wanita ini semakin mesra dengan anak-anak saya yang salah seorangnya boleh berkomunikasi di dalam bahasa tagalog.

Mesra di sini bermakna dia sedia bertanya khabar dan berbual mengenai aktiviti anak-anak saya terutamanya anak gadis saya yang agak sukar pada mulanya mahu berkomunikasi dengan orang di luar keluarganya.

 

Dia juga upaya dengan tepat menghuraikan sebab-sebab bagaimana tekanan darah naik dan dalam keadaan tertentu bagaimana penurunan tekanan darah akibat dari kurang oksigen di dalam darah.

 

Sehinggalah dia mulai menyatakan kebimbangannya tentang ketidak sediaan majikannya untuk memberitahunya terlebih dahulu bahawa dia perlu mengurut seorang lelaki.

Malah lelaki yang diurutnya itu menyatakan bahawa bayaran bagi perkhidmatannya ditanggung oleh majikannya.

 

Sebelum itu dia menyatakan dia pernah mengurut seorang petugas lelaki yang bertugas dengan syarikat penerbangan tetapi dengan ditemani oleh isteri lelaki itu dan ditemani juga oleh majikannya dalam keadaan lelaki itu berpakaian.

 

Selaku seorang ibu saya menasihatinya supaya menyemak semula tentang peraturan dan penguatkuasaan serta syarat mengenai tata cara memberikan perkhidmatan dari majikannya.

Sebagai sebuah negara Islam di dunia muslim adalah menjadi kesalahan sekiranya wujud aktiviti yang cenderung ke arah perkhidmatan dan perlakuan rendah moral dan saya cuba mengaitkan mengenai maruah dirinya sebagai wanita yang wajar dipelihara walau pun dia bukan seorang muslim.

 

Kepada saya soal keselamatannya yang lebih utama.

Kepada saya andai seorang wanita mudah disentuh atau mudah diperlihatkan juzuk tubuhnya ia adalah pembawaan dari bina imej wanita yang rendah moral.

 

 

Selepas beberapa minggu dia mulai menyatakan tentang peraturan baru bahawa tidak boleh lagi diadakan perkhidmatan dari rumah ke rumah bagi mengelakkan berulangnya masalah yang disebutkan di atas dan bagi memastikan dia hanya memberikan perkhdimatannya tidak melebih sejam yang dicajkan dengan bayaran 75 riyal, seorang petugas akan menemaninya walau pun dia hanya akan bergoyang kaki atau terlelap tertidur di bawah belaian pendingin hawa sementara menanti rakannya yang berpeluh mengerah kudrat selesai melakukan tugasnya.

Pada ketika itu saya menjadi berang kerana saya memilih untuk menjadi ahli selama setahun dengan bayaran 500 riyal bersama anak dan persetujuan asal difahami bahawa perkhidmatan itu adalah sepenuhnya dilakukan di rumah sehingga tarikh keahlian berakhir.

 

Saya berasa sikap ‘double standart’ ini hasil dari ketidakberdayaan dan penguatkuasaan pengurusan pihak kerajaan Qatar dalam menangani urusan pekerja asing yang sepenuhnya diberikan kepada agensi pencari kerja menguruskannya setelah hal ehwal kastam diselesaikan.

 

Hak pekerja asing adakah dilindungi oleh undang-undang negara Qatar atau negara asal pekerja itu sendiri?

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s