Semalam 3

Saya membuka telinga mendengar luahan hatinya yang terasa tidak bebas untuk menjalani kehidupannya sebagai manusia yang beremosi dan mempunyai pilihan untuk memberikan pandangan kerana majikannya seperti mengawal dan cuba menghadkan kebebasan dan menafikan haknya.

 

Ini dapat saya kesan apabila saya menawarkan agar dia mengunjungi kami di hujung minggu dan pada hari-hari kelepasan awam sewaktu perayaan eid adha, hari natal dan tahun baru.

 

Dia tetap dan masih berkata dia bekerja pada hari-hari kelepasan itu.

 

Saya juga mulai mengesan bahawa wanita ini tidak mengetahui lokasi kediamannya dan tidak mengetahui tempat-tempat di mana dia dibawa untuk memenuhi temu janji yang diuruskan oleh majikannya.

 

Apakah semua pekerja wajar bersikap defensive tanpa perlu sifat ‘independent’ oleh kebergantungan kepada majikan?

 

Minda saya benar-benar berkocak dan semakin kerap mengimbas raut dan reaksi wajahnya.

Memerhatikan cara dia makan saya tertanya apakah dia mempunyai masa untuk memasak makanan setiap hari atau dia hanya memakan makanan yang mudah sajiannya seperti salad sandwich sahaja?

 

Sehinggalah pada 4 hb Mac hari Ahad setelah lebih sebulan saya menolak untuk mendapatkan perkhidmatannya kerana kesibukan menguruskan suami dan anak-anak saya menerima panggilannya.

Suaranya tetap bersahaja dan riang bertanya khabar dan meminta saya menemuinya kerana berhadapan dengan kekasaran majikannya yang membuat aduan kepada polis.

Oleh kerana saya tidak begitu memahami apa yang cuba disampaikannya anak saya yang memahami bahasa tagalog berbual dengannya dan pada sangkaan kami dia berada di kediamannya dan mahu bertemu  saya di sana.

 

Kami tidak mengetahui keadaan sebenar sehinggalah melalui panduannya kami sampai di Jabatan Psychiatrist  Doha.

Kami terkejut dan pada sangkaan saya majikannya yang berada di situ dan mungkin dia dan rakan-rakannya menemaninya.

 

Rancangan awal kami ialah untuk menghindari apa-apa pertelingkahan saya tidak akan turun dari kenderaan dan hanya anak-anak saya sahaja yang menyelesaikan masalah yang wujud di mana tindakan saya pada malamitu hanyalah mahu membawanya ke rumah kami setelah mendapat izin suami bagi mengetahui perkara sebenar.

Dan apabila disedari dia berada di Jabatan Psychiatrist saya kekal membuat keputusan tidak turun dari kenderaan bagi menghindari wujud sangkaan-sangkaan buruk yang terlintas di fikiran sepanjang perjalanan misalnya, saya bimbang dia diugut atau diancam bagi mendapatkan wang dari saya oleh pihak tertentu, dia mungkin seorang bekas ‘pelayan diri’ yang berhadapan dengan ugutan dan paling utama ketika itu ialah saya mahu memelihara keizinan suami yang mengetahui bahawa saya akan membawa seorang kenalan anak pulang ke rumah tanpa dia mengetahui bahawa saya ketika itu sedang berada di Jabatan Psychiatrist.

 

Saya berada di bawah ‘sponsor’ suami dan saya wajar bertindak dengan amanah di atas kepercayaannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s