Semalam 4

Dan semua yang saya sangka adalah meleset dan tidak benar apabila anak-anak dengan salah seorang rakan menjadi saksi menyatakan bahawa wanita yang berbudi ini dikhianati oleh majikannya.

 

Menurut cerita anak :

Sebaik sahaja masuk pengawal di bilik rawatan wanita telah memberitahu bahawa wanita kenalan saya akan dihantar pulang ke negaranya keesokkan harinya.

(saya tidak pasti ia keputusan atas nasihat doktor atau keputusan yang diambil oleh majikannya)

 

Apabila bertemu wanita ini terus memeluk anak gadis saya dan menyatakan bahawa  dia ketakutan. Menurutnya dia dibawa ke satu tempat untuk satu temu janji dan sebaik sahaja memasuki bilik seorang lelaki Nigeria telah bertindak memeluknya dan dia pula bertindak pantas dengan mengujarkan dia akan menalipon polis dan susulan dari itu dia berada di Jabatan Psychiatrist selama enam hari.

 

Susulan dari itu dia kekal dengan pendirian mahu membuat aduan polis walau pun majikannya memujuk dengan memberinya kelepasan dari bekerja pada keesokkan harinya.

 

Kami tidak dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku tatkala majikannya bertindak menguncikan pintu bagi tidak membenarkan wanita kenalan saya ini keluar. Malah dinyatakan juga bahawa salah seorang kenalan majikannya yang bertugas di salah sebuah hospital atau klinik (anak tidak dapat memastikannya) telah membantu  membuktikan kenalan saya berhadapan dengan masalah jiwa bagi membawa wanita ini ke Jabatan Psychiatrist dan berniat khianat agar dia mempunyai rekod yang upaya menggagalkannya untuk menjawat pekerjaan semula.

 

Dan saya berasa bersalah kerana dia masih meminta untuk bertemu dengan saya sebelum anak-anak meninggalkan Jabatan Psychiatrist.

 

Bagaimana mahu saya mempercayai dan mahu mempercayai siapa di dalam kes ini tatkala saya hanya mendapat keterangan dari sebelah pihak sahaja?

 

Hakim juga membuat pertimbangan yang salah apabila berpandu kepada bukti peguam-peguam sahaja.

 

Upayakah peguam sentiasa berada di pihak yang benar?

 

Kita lupa pada mereka yang dituduh!

Kebenaran mereka diterimakah jika tiada buki?

Bukti boleh ditolak jika ada saksi?

Saksi akan dihukumkah jika menipu dan bercakap bohong?

 

Apakah tindakan anda?

 

Undang-undang juga disalahgunakan?

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s