Semalam 5

 

Semalaman saya bermenung tatkala tidak boleh bersolat memohon petunjuk Allah.

 

Saya mengenang kebolehannya menuliskan dengan tepat jenis ubat bagi masalah kulit saya. Spontan dia menulis Dermovate Cream yang dipaksanya supaya anak saya mendapatkannya di farmasi ketika itu juga. Tepat dia menghuraikan bahawa dalam tempuh sehari masalah ruam di kulit itu akan sembuh.

Dia mahu belajar bahasa arab dan mahu mendaftar di Al Farna bagi memudahkannya berkomunikasi dan memahami masaalah mereka yang memerlukan bantuannya.

Apakah hak seorang majikan yang bertindak menolak kebebasan untuk membuat pemilihan pekerjanya yang berpendapatan untuk memajukan dirinya sendiri?

 

Apakah majikannya tidak menyedari bahawa wanita kenalan saya ini menjadi sumber syarikatnya berpendapatan?

 

Di manakah rasionalnya apabila persetujuan bebas yang mengikat kontrak berada di bawah paksaan?

 

Apakah Akta Kontrak adalah berbeza dari sebuah negara dengan negara yang lain walau pun menganggotai Komenwel?

Apakah ‘menahan secara tidak sah, mengancam untuk menahan apa-apa harta dengan niat untuk memudratkan mana-mana individu atau seseorang itu bersetuju untuk terikat dengan mana-mana perjanjian yang tidak difahaminya’ difahami oleh semua pengamal media, esekutif, pengurus dan pekerja?

Jika benar mahu mewujudkan pekerjaan mengapakah lesen ada lesen persaraan bagi usia 62 tahun di PBB?

Wajarkah agensi mencari pekerjaan didenda kerana bebas dari tindakan undang-undang setelah mendapatkan pekerjaan bagi pemohon jika wujud pemalsuan dokumen diri dan berisiko terlibat dengan ‘sex service’?

Siapakah yang wajar memastikan pekerja dipelihara kebajikannya apabila majikan bertindak tidak memberi gaji atas alasan perlu membeli tiket?

Adakah pekerja yang berhadapan dengan stress oleh tekanan masih terpaksa bekerja tanpa rehat, cuti, dan ‘claim overtime’ boleh membuat tuntutan ke atas majikannya?

Apakah konsep mendapatkan projek-projek besar tidak upaya diminimakan dengan lebih menghalakan kepada mengusahakan wujudnya peningkatan gaji dan pengkelasan kategori baru bagi setiap pekerja tanpa perlu wujud pengeluaran tenaga dan perkhidmatan percuma?

 

Bagaimana pula bagi pekerja yang masih mentah pengalaman kerjayanya  bolehkah mereka memahami bahasa undang-undang sekiranya mereka dianiaya?

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s