Semalam 7

Niat saya menunggu wanita itu hanya mahu memastikan dia selamat meninggalkan Qatar tanpa masalah.

(anda tidak akan menduga apa yang upaya dilakukan oleh orang arab jika mengenali sifat dan sikap mereka) 

 

Saya menerangkannya kepada anak-anak yang amat memahami dan bersedia untuk bekerjasama memastikan kenalan kami ini tidak diapa-apakan atau diganggu dan selamat menaiki pesawat.

 

Dari jam 10.30 pagi kami bersabar menunggu di dalam kereta bagi mengelakkan dari membayar wang ‘parking’ meletakkan kereta yang agak mahal.

Jam 11.45 tengahari  saya meminta anak yang sulong memasuki perkarangan meletakkan kenderaan dan jam 12.45 saya menyuruhnya meninggalkan kami bagi mengambil adiknya di sekolah.

 

Makanan di mana-mana café di lapangan terbang memang mahal dan terhad tempatnya. Ia tidak menghairankan kerana masyarakat arab memang tidak tahu melakukan banyak pekerjaan yang mudah dilakukan.Boleh dikatakan setiap ketika dan setiap masa mereka banyak bergantung kepada bantuan tenaga pekerja sokongan.

Menurunkan beg muatan bagasi, mengambil troli malah memesan makanan semuanya dilakukan dari kenderaan adalah pemandangan yang sukar dihapuskan apabila memandang seorang individu berbangsa arab (Qatari).

 

Dengan sekeping sandwich ayam bernilai QR 22 dan dua cawan minuman panas kesemua pesanan berjumlah QR 55 membuatkan saya memahami kerutan di dahi suami yang menjadi satu-satunya ‘bank’ bagi keluarga kami dalam saat usianya yang semakin meningkat.

Berbezakah pandangan dan menungan wanita kaya dengan wanita seperti saya?

Saya melirik kepada anak-anak yang tidak dipaksa untuk mengambil pilihan mereka selepas tamat persekolahan.

Beginikah makna persefahaman antara kami di dalam diam?

 

Kos pendidikan amat tinggi dan sentiasa tinggi dari masa ke semasa tatkala hanya suami saya sahaja yang menggalas kesemua perbelanjaan kami.

 

Mengimbas jauh bagaimanakah mewujudkan kesempatan untuk memberikan peluang kepada ramai yang tidak berkelayakan tetapi berpengetahuan agar boleh berkelulusan tatkala kebanyakan mereka tidak berkemampuan?

Menawarkan hutang menerusi pinjaman bukan solusi terbaik.

Anak-anak wajar tidak dibiasakan agar sedia berhutang.

 

Saya tidak memahami apakah maksud ‘independence school’ kepada masyarakat Qatar apabila keantarabangsaan dimodeulkan untuk tujuan meningkatkan yuran dan menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa utama di sekolah-sekolah milik etnik bangsa yang mempunyai pilihan bahasa mereka sendiri.

 

Jika di tempat saya kami mempunyai sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan yang menawarkan individu lepasan sekolah menengah dan mereka yang telah bekerja menjadi calon persendirian bagi peperiksaan-peperikaan yang tidak lagi menjadi kelayakan untuk mereka mendudukinya di sekolah oleh faktor usia kerana sekolah hanya dihadkan kepada usia 18/19 tahun bagi pelajar tingkatan enam yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan.

 

Sekolah berbayar yang saya maksudkan ini bukan seperti sekolah rendah islam persendirian yang terdapat banyak di tanah air tetapi ia adalah Pusat Tusyen Persendirian yang dikendalikan secara peribadi seperti mana Yayasan Anda misalnya yang murah yuran pelajarannya.

 

Sangat wajar diberdayakan keupayaan untuk dibolehkan ramai memasuki (ahhh malasnya nak semak catatan lama)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s