Semalam 8

Dari jam ke jam kami menanti.

Silih berganti panggilan dibuat bagi memastikan kenalan wanita saya selamat tiba di balai berlepas.

Bertukar nada suara bertukar gema rasa bergilir silih berkala emosi didodoikan oleh minda yang gusar apakah sebenarnya yang sedang berlaku tatkala kami tidak melihat paparan penerbangan ke negara wanita itu pada jam 6 petang, tatkala berulang kali majikan, rakan malah wanita itu sendiri menyatakan bahawa dia akan tiba jam 4 petang untuk menaiki pesawat  yang dijadualkan berlepas pada pukul 6 petang.

Dan di paparan skrin digital balai berlepas tidak ada pesawat yang berlepas pada jam itu.

Saya meminta anak gadis ke Terminal B bagi mengesahkan pesawat yang terbang ke negara kenalan kami.

Tidak ditemui.

Berbekalkan keinginan mahukan dia selamat anak-anak saya dan rakannya berulang kali berganti memeriksa terminal, menggunakan akses online bagi memastikan waktu penerbangan malah berulang kali mencuba menghubungi wanita itu.

Jawapan masih tidak berubah dia akan berlepas jam 6 petang tatkala tidak ada pesawat yang akan berlepas pada pukul 6 untuk ke negaranya.

Dan saat jam mendekati 330 petang sebuah van berplatkan warna biru memasuki perkarangan di antara Terminal A dan Terminal B yang didahului oleh seorang anggota polis dan pembantunya menurunkan sekumpulan wanita warga asing yang kami bersetuju adalah dari jenis bangsa yang sama dengan kenalan wanita kami.

Anak-anak dan rakan mereka bergilir-gilir memerhatikan dari jauh bagi mengecam adakah kenalan kami itu ada di dalam kelompok kumpulan wanita yang kami fikir dihantar pulang oleh kesalahan undang-undang.

Saya sendiri menghampiri kumpulan wanita itu bagi mengecam kenalan saya dengan diperhatikan dari jauh oleh anak-anak.

Saya mengikuti anggota polis yang dibawa oleh petugas balai berlepas yang mengiringi seorang wanita berpakaian jilbab bertudung hitam sehingga ke kaunter.

Sah memang tiada kenalan saya di situ dan sah dia tidak dihantar pulang oleh polis dan saya mulai berfikiran bahawa dia tidak ada kesalahan yang menyalahi undang-undang.

Anak-anak lelaki mengajak saya pulang namun saya tetap enggan kerana saya berniat mahu dia selamat menaiki pesawat dan tidak wujud ‘permainan’ seperti yang disangkakan.

Dalam kami keletihan mata saya melihat 3 susuk tubuh wanita kecil yang memasuki terminal A dan pada waktu itu saya tidak begitu upaya mengecam majikan dan wanita kenalan yang saya nantikan itu.

Apabila anak-anak mengesahkan saya mendekati mereka dan anak-anak sendiri dapat memahami bagaimana makna kepercayaan andai tidak disalahgunakan ia upaya menjalin hubungan yang baik di antara sesama manusia.

Dia melepaskan kesemua kesedihannya di atas bahu saya dengan tangisan yang benar-benar keluar dari hatinya.

Mengadu emosi menyerah rasa meluah jiwa dan niat saya mahu melihatnya selamat tiba tercapai.

Wajahnya kepenatan. Raut roman mukanya tidak berseri. Dia seperti sedikit terkejut namun pastinya gembira kerana dapat bertemu dengan saya dan melihat anak-anak saya ada bersama.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s