Semalam 9

Bab yang lain menanti kami.

Petugas di balai berlepas pula mengambil bahagian untuk menguja-uji emosi kami.

Petugas wanita berketurunan india (tidak pasti) yang membantu penumpang bagi memastikan terminal tidak banyak mahu berkomunikasi dengan kenalan wanita saya dan majikan serta rakan yang menemaninya.

Raut wajahnya tidak banyak membantu untuk menjadikan hati kami berasa bahagia dan sedia tersenyum semula.

Ohhh ya saya menduga dia berketurunan india kerana melihat sapaan mesra budi bahasanya dengan penumpang lelaki yang beriraskan sebangsa dengannya ketika melayani dengan senyuman dan bualan yang agak panjang di antara mereka.

Jelas dia atau sesiapa sahaja akan bersikap memihak atau mengamalkan ‘minor diskrimination’ andai tidak mengetahui hakikat tentang sesuatu yang dirahsiakan.

 

Kenalan wanita saya sempat menerangkan bahawa telefon bimbit barunya telah tiada, sim kadnya juga tiada, gajinya juga tidak diberi malah dia yakin majikannya memalsukan tahap kesihatannya.

Saya gagal untuk berinteraksi dengan majikannya kerana tidak mahu mengganggu kesibukannya menguruskan dokumen penerbangan pulang pekerjanya.

Dan secara perlahan dengan tahap kesederhanaan diluahkan rasa emosi tatkala kenalan saya mencuba meminta simpati saya untuk ditambahkan bayaran bagi lebihan berat bagasinya setelah saya memberinya wang QR 100.

 

Saya meminta majikannya membayarkan tambahan Qr 50 dan pertanyaan mengapakah dia tidak diberikan gaji balasan yang diujarkan seperti menanti curahan minyak ke atas sekam yang telah lama menjadi bara di hati saya.

“Gajinya dibelikan tiket untuk dia berlepas pulang.”

“Anda bukan seorang majikan yang baik!”

Saya mengulangi beberapa kali dengan nyaring.

Beberapa kali saya telah menyaringkan suara selama tinggal di sini hasil dari sikap ‘minor discrimination’ para pekerja sokongan yang menduduki kaunter hadapan premis perdagangan.

 

Ini bukan kali pertama.Malah beberapa hari sebelum ini kami telah berhadapan dengan sikap lelaki-lelaki india yang tidak sedia mengalihkan kenderaannya tatkala anak meminta untuk dia berbuat begitu apabila kami mahu beredar.

Akhirnya kami dicemuh, “f— you philiphino.” Ya kebanyakan mereka di sini sering menyangka kami orang Filipina. Dan lelaki-lelaki ini menaiki kenderaan BMW.

 

Sikap keras hati mulai menjadi watak anak-anak saya semenjak kami menetap di sini.

Kebiasaan-kebiasaan sifat masyarakat arab yang kasar ego sombong dan keras mulai menjadi sebahagian dari sikap anak-anak saya yang sebelum ini lembut dan berbudi bahasa.

Malah saya akui sebahagian besar dari pengalaman hidup di sini banyak membuatkan saya menjadi semakin hilang budi bahasanya.

Saya tidak berasa malu apabila banyak mata memandang ke arah saya kerana saya bukan mencuri atau menipu atau sedang mengacukan sesuatu pada majikan kenalan wanita saya.

Saya hanya mengatakan ‘anda bukan seorang majikan yang baik.’

Dan saya sering memikirkan bagaimanakah yang dikatakan sebagai tingkah laku yang baik apabila kita berkata benar?

Adakah dianggap kita bertingkah baik apabila cemuhan kita disambut dengan gelak ketawa?

Saya rasional apabila mengatakan perkara yang tidak benar tatkala menyatakan bahawa  ‘saya polis’ tatkala dia mengujar akan membuat laporan polis atas kata-kata saya bahawa dia bukan seorang majikan yang baik.

 

Reaksi anak yang ke tiga adalah spontan reaksi orang muda yang akan membela ibunya walau apa keadaan juga.

Anak gadis saya membawa  saya bersiar-siar bagi menurunkan ketinggian emosi saya.

Dan anak sulong saya sekadar berujar, ‘nak malukan alongkah?’ tatkala saya menstabilkan emosi dengan sempat berujar dengan jelas ‘tidak wajar ada perkhidmatan seks’!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s