Di Mana Salah Ku?

Sudah lama kami membisu dan tidak kedengaran suara-suara melarang atau memerintah lagi sejak akhir-akhir ini.

Monolog seni berbicara sendiri mulai bergema.

Ianya di antara diri secara nafsi-nafsi.

Antaranya ialah sehingga bilakah syarikat-syarikat penerbangan milik orang muslim tidak menjadikan hidangan arak  sebagi menu di samping menyediakan kemudahan asas untuk penumpang bersolat dan membenarkan petugas wanitanya menutup aurat.

 

Waras atau rasional dirimu thanaif?

Atau dikau mulai tidak siuman?

Saya mendengar bantahan serta protesnya. 

Lalu dinyatakan dengan perlahan bahawa saya berasa seperti catatan peribadi saya disalahgunakan. Ia menghina  keintelektualan rohani saya yang paling dalam tatkala tertonton slot kumpulan lelaki berkulit hitam yang mewujudkan kaunter  dan penerbangan khas untuk masyarakatnya setelah memenangi tuntutan saman akibat kematian anjingnya yang dikomedikan sebegitu rupa selaras imej dan watak masyarakat itu yang sering dilihat agak _ _ _ saya tidak upaya mengungkapkannya.

Idea boleh diduplikasikan tanpa boleh disekat. Protesnya semakin nyaring.

Isu saya ialah ‘pencuri’ yang mencuri hak orang lain bukan sesuatu yang wajar diabaikan begitu sahaja.

Dikau memiliki sikap perkauman thanaif! Memusuhi mereka yang berwarna kulitnya tatkala kulit mu tidaklah secerah mana.

SAYA MEMPUNYAI ALASAN UNTUK TIDAK DIKAITKAN DENGAN SENTIMEN PERKAUMAN APABILA ‘TIDAK SUKA’ DENGAN SESETENGAH PERLAKUAN MASYARAKAT KULIT HITAM.USAH KETERLALUAN MENUDUH SAYA. Anda boleh lihat dan fikirkan sendiri isu sebenar saya ialah sebuah syarikat penerbangan milik muslim perlu ada identiti dan perlu mampu menyatakan pilihan BAHAWA SESIAPA BERHAK MEMILIH UNTUK TIDAK MENAIKKI PESAWAT KAMI KERANA SYARIKAT KAMI TIDAK MENJADIKAN ARAK SEBAGAI MENU PILIHAN SELAMA MANA ANDA BERADA DI DALAM PENERBANGAN INI. Saya yakin dengan pasti sekiranya tidak dikhianati syarikat penerbangan ini akan mendapat sambutan dari pengguna.

Dia diam.

 

 

Adakah dikau berani untuk melakukannya setelah sering menuduh ku dengan dakwaan  itu dan ini. Dengan melihat pecahan taburan pengguna muslim dikau sudah tahu jawapannya. Sementelahan itu kita akan mengetahui siapa muslim yang beriman dengan agamanya dan siapa muslim yang tidak beriman dengan agamanya.Upayakah dilihat kewujudan perkaitan akhirat sebagai masa hadapan ummah? Adakah ini lucu kepada mu?

Rakan saya semakin diam. 

 

Mengapakah setelah lama didana dan ditajakan pendanaan penulisan buku-buku di serata dunia masih diulangi pengekalan kaedah muslim perlu moden dan bertoleransi tinggi untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan nasrani atau yahudi? Tatkala sangat diketahui bahawa  hanya mereka yang selama ini mendominasi pegangan ekuiti saham  selain mendominasi kepentingan berbagai syarikat besar di dunia ini? Tidakkah kebanyakan kita telah sekian lamanya bersikap maju dengan mempunyai ketoleransian tinggi dengan sifat terbuka mengakui pendominasian ini tanpa pernah membantah atau merebut persaingan mereka? Tidakkah dikau tahu saya amat-amat musykil bagaimanakah secara tiba-tiba wujud keadaan petugas-petugas syarikat penerbangan tertentu membolehkan pempaparan petugas wanita yang bagaikan ‘histeria’ dibenarkan berdansa sewaktu melayani penumpang di pesawat mereka? Ia juga hanya paparan iklan?

Terimalah hakikat dengan hanya menulis di blog sahaja dikau tidak akan menjadi kaya thanaif!

Marahnya saya fahami.

Perlahan saya ujarkan, cadangan saya hanya untuk syarikat penerbangan milik muslim. Cuba fahami betul-betul ayat-ayat yang saya catatkan. Cadangan ini hanya untuk syarikatpenerbangan milik muslim yang ditawarkan kepada pengguna muslim. Hub halal juga namanya.

Kemarahannya menjadikan dia tidak melihat isu saya ialah mempelbagaikan penggunaan petrol apakah hanya merujuk kenderaan di atas jalan raya sahaja? Cara kami melihat isu memang jauh berbeza. Adakah teman ku itu  lebih bersikap ekstrim apabila hanya berfokus kepada wang dengan menyembunyikan ketoleransian muslim yang hanya tersenyum sumbing melihat karenah yang dipersendakan ke atas mereka selama ini?

Ahhhhhh saya semakin tidak lagi memahami dirinya.

Mengapakah tidak diwajarkan wujud kemudahan pengangkutan udara yang memenuhi hub halal dengan memberikan lebih banyak peluang kepada muslim memperbaiki kedudukan mereka di dunia ini dengan MENGHORMATI hak kewujudan mereka?

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s