Ahli Politik Produk Siapa?

12 Jun 2012

Bismillah.

Ya Allah peliharakanlah kebencian ini agar tidak memudratkan sesiapa.

Dia tersenyum mendengar doa saya. Dia bertanya mengapakah doa seperti itu dipohonkan?

Apa wajarnya semua dibawa ke barat tatkala negara mu di Timur yang amat dekat dengan Asia?

Apa alasannya semua perlu ke sana untuk dibuktikan kejayaan?

Diamnya seperti menyanggah dan tidak mahu membenarkan soalan saya.

Saya benar-benar berbahang hati dengan laras penanda begini.

Saya benar-benar termanggu. Apakah laras penanda yang  mahu diambil  dari masyarakat yang telah kehilangan jati diri beridentiti walau pun panjang sejarah pembinaan negaranya?

Dia sememangnya tidak menyukai kehadiran saya.

‘Buruh-buruh paksa’ politik tidak mendewasakan masyarakat dalam menguruskan dunia.

Kita melupakan buruh di sektor politik apabila memperjuangkan dan membela nasib pekerja yang perlu menjadi penghijrah untuk mendapatkan  pembaik pulihan hidup mereka. Selama ini kita seperti membela kesalahan dan kesilapan pandangan dan pendirian kita sendiri.

Siapakah buruh politik mu?

Ahli politik.

Adakah ahli politik wajar dijadikan jawatan yang dipersaingkan yang secara keseluruhannya memangsakan nasib rakyat?

Ahli politik merupakan produk universiti, parti atau negara?

Diterimakah bahawa ahli politik itu produk dari sistem  mu?

 

Diam itu sering melukakan!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s