Puasa

Sebentar lagi Syakban ke dua puluh sembilan akan meninggalkan lingkaran peredaran yang telah ditetapkan buatnya bagi menyambut Ramadhan bulan mulia penuh barakah buat alam dan seisinya.

Tahun ke tujuh berpuasa di perantauan menyajikan sesuatu yang baru di mana kami mendengar pengumuman tarikh berpuasa diumumkan di radio versi bahasa inggerisnya.

Kakak yang dihubungi bagi mendapatkan tarikh pengistiharan 1 Ramadhan bagi 1433 untuk Malaysia meletakkan telefon bimbitnya ke kaca televisyen untuk saya dengari pengumuman yang disampaikan oleh Pengerusi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Malaysia berpuasa pada hari Sabtu dan kami di Qatar berpuasa pada hari Jumaat setelah sempurna menempuhi 29 hari di bulan Syakban bagi tahun 1433 Hijriah.

Catatan sejak awal telah disediakan cuma saya perlu menambah dan membetulkan catatan sebelum dikirimkan ke blog yang saya anggap menjadi ‘perpustakaan peribadi’  bagi mengumpulkan catatan-atau journal harian saya.

Malangnya saya kekal diganggu di blogspot.com.

Sebentar tadi beberapa kali laman saya ‘hang up’ dan berwarna kelabu putih dengan beberapa permaklumatan yang menyatakan laman blog Bentala di blogspot.com tidak sah dan dikesan mempunyai ID lain.

Saya berpuasa dan amat perlu bersabar dengan gangguan yang disengajakan ini.

Allah Maha Melihat dan Raqib serta Atiq’ menjadi saksi.

Biarlah kami berhadapan dengan Allah untuk menyelesaikan perkara yang telah menjadikan fitnah dan perdaya muslihat menyukarkan difahami apakah stuasi yang sebenarnya dilakukan kepada pelayaran internet saya.

Saya sibuk sehingga beberapa ketika … dan sesungguhnya Allah menguji pemahaman saya terhadap pesanan iman bahawa meriahkanlah lima perkara sebelum lima perkara menemui hidup saya.

 

Hdup sebelum mati.

Muda sebelum tua.

Kaya sebelum miskin.

Senang sebelum susah.

Sihat sebelum sakit.

 

Kehidupan untuk bersuka ria masih menjadi sifat masyarakat yang sekian banyak kalinya dilahirkan oleh generasi terdahulu.

Ia membuat saya terkenang pelbagai perkara antaranya :

Mengapakah keluarga Mukmin Sukar Mendapat Tempat Di Jiwa Masyarakat Moden?

Jika berkata tentang mukmin tentunya ia merujuk kepada keluarga muslim.

 

Mengapakah pula penganut agama lainnya berasa sukar untuk menerima muslim sahaja yang mempunyai taraf mukmin tatkala mereka bersetuju bahawa kami tidak meminum arak, tidak berzina, tidak berjudi, tidak membunuh tanpa hak, tidak menafikan kesemua Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, tidak berbogel, tidak mengoda pasangan orang lain, tidak memakan daging khinzir, tidak mengamalkan sihir, tidak mencuri, tidak berasuah tidak  … ahhhhhhhhh terlalu banyak yang tidak mereka persetujui apabila diutarakan tentang sifat mukmin kami yang beragama islam.

 

Kepada mu ingin saya tanyakan adakah wujud sifat mukmin bagi penganut yahudi, bagi penganut nasrani tatkala saya tidak pernah membenci penganut agama Buddha, tidak membenci penganut agama sikh, tidak membenci penganut agama hindu, tidak membenci penganut agama bahai dan juga mereka yang atheist.

 

Apa yang saya benci ialah perbuatan bukan semata-mata orangnya.

 

 Bulan di dalam kalendar tahun hijriah kami berbeza dengan bulan-bulan pada tahun masihi mu.

 

Dikau yang bukan muslim tidak dapat memahaminya.

 

Dikau tidak dapat memahami makna barakah kerana diri mu beragama tetapi tidak beribadah.

 

Saya beragama dari ilmu kami beriman dan dari pengetahuan ini kami beramal sebagai ibadah.

 

Dikau tidak dapat memahaminya. 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s