Puasa Hari Keempat belas.

Pada minggu-minggu  akhir bulan puasa sebaik sahaja selesai solat maghrib saya terus tidur dan ia menjadikan saya tidak sedar acara sukan dunia telah berakhir. Anak-anak tertawa bila ditanya tentang acara penutupan berlansung bila dan pukul berapa.

Spontan anak gadis menjawab Her Majesty Queen tidak hadir pun.

Saya sendirian kembali menghitung jumlah jabatan di Badan Dunia yang layak untuk menyediakan asas bagi menentukan cara bagaimanakah upaya permuafakatan masyarakat dunia dilakukan bagi menghormati bulan ibadah untuk dunia dan seisi alam memperolehi keberkatan saat terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka?

Mereka tidak memahami mengapa diujarkan perseteruan saya dengan bulan dari kalender tahun masihi, Julai.

Sama seperti saat saya menulis buat ‘Rachel’ tentang ketidak sediaan ‘kaum lelaki’  untuk diboikot acara dunia bagi bolasepak 2010.

Andai kebolehan berkritis tidak disalahgunakan tidak banyak krisis sedia diulangcetak lantaran lokasi dan penglibatan masih pada tempat dan individu dan komuniti yang serupa.

Kembali saya memandang wajah yang tidak mempunyai rupa.

Apakah alam akhirat akan turut dianimekan wahai Cik Puan dan para Tuan?

Mahukah dibuang atau diasingkan antara perkara Israeliat dengan riwayat sahih pesanan iman Rasulullah Sallallahualaihiwassalam?

Tahukah Cik Puan dan para Tuan sejak dahulu lagi saya tidak suka mendengar ungkapan ‘peace upon him’ setelah diucapkan nama Kekasih Allah, Muhammad Sallallahualaihiwassallam?

Mahukah Tuan-Tuan Syeikh, para kyai dan para imam Majlis Ulamak ku menjelaskan kalimah yang manakah yang diberikan pahala dan mengandungi barakah apabila berselawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassallam?

Adakah ucapan Sallallahualaihiwsallam atau ‘peace upon him’?

Fahamkah tentang makna tulisan ku di Novel ku Tanpa Buku?

Tribulasi tidak wajar mewujudkan implikasi dari penggunaan bahasa arab yang bersifat ‘zikrullah’ di mana zikrullah itu berupa ungkapan bahasa arab yang hanya boleh dilafazkan oleh penganut islam sahaja.

Hati masih sayu menjelang lebaran…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s