Saksi-Saksi Bisu 2

Hari kedua kami tiba agak lewat. Sahabat saya pula perlu menghadiri ujian hafalan surahnya.

Ya, belenggu yang saya lurutkan dari minda semalam secara tiba-tiba mengikat melingkari emosi saya semula.

Menjadi kelemahankah jika masyarakat tempatan memberikan perhatian pada urusan yang hanya mengambil masa yang singkat untuk diperolehi maklum balasnya?

Sahabat saya kelihatannya agak tidak menyenangi keadaan petugas yang kekal mahu meneruskan urusan dengan rakan sepejabatnya tanpa sedia menamatkan atau menangguhakan seketika urusannya bagi membantu kami yang sudah lewat tibanya ke pusat pengajian.

Benar!

Jam dan masa seakan-akan tidak dihargai ketepatannya dan tidak dihormati oleh kebanyakan petugas di jabatan kerajaan yang pernah saya kunjungi. Misalnya di Pejabat Pos, di kaunter hospital dan lapangan awam sering saya menemukan petugas tempatan mengabaikan masa dengan sedia bersembang berbual pada masa bertugas.

Pengalaman saya ketika menemani suami yang ketika itu sedang berhadapan dengan kesakitan pada giginya di salah sebuah hospital semasa di Dubai menjadikan saya tertanya-tanya sejauh manakah masyarakat arab menghargai peredaran masa tatkala mereka sendiri jarang mahu berkompromi pada kelewatan untuk layanan mereka dipenuhi oleh petugas dari kalangan pekerja asing.

(Ketika di Dubai, kami perlu menunggu lebih sejam apabila melihat petugas wanita tempatan yang ashik berbual dengan seorang lelaki tempatan. Pada mulanya kami menyangka ia adalah perbualan atas urusan tugas atau khidmat petugas terhadap pendaftaran pesakit, akan tetapi setelah semakin ramai yang mengeluh di sebelah kami di kamar menanti, suami ke kaunter dan meminta diuruskan pendaftarannya, lelaki yang berbual itu adalah rakan setugas wanita itu yang bertugas di kaunter di bahagian belakang)

MasyaAllah. Astaghfirullah sahaja yang menjadikan hati kami dingin.

Demi masa manusia berada di dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan kebaikan serta berpesan dengan kebenaran.

Di mana-mana sahaja perkara ini masih menjadi imej masyarakat tempatan.

Sehingga saya sering terpinga-pinga bagaimana kebanyakan wanita yang masih muda tidak mahu mengangkat sendiri barangan yang termuat di dalam bakul dan troli (jika muatan barangan banyak saya maklumi) malah sanggup membiarkan pelanggan lain menunggu saat mereka menanti pekerja atau pemandu mereka tiba untuk mengeluarkan barangan di troli ke atas landas kaunter di premis perniagaan.

Saya tidak ada perkataan yang tepat untuk menyatakan kehairanan yang wujud lama di dalam hati.

Kembali semula ke pusat pengajian di hari kedua, sekali lagi belenggu yang saya leraikan telah membelit seluruh jiwa hati dan emosi saya…

Saat saya bersama petugas dari pejabat menunggu lift, seorang wanita tempatan tiba untuk menyertai kami.

Saya mulai tersenyum saat ini.

Apakah yang mereka lakukan jika mereka mengenali saya dan mengetahui terhadap rasa-rasa yang membelah setiap genab hati sehingga meluluhkan jiwa saya yang sering termanggu memikirkan kesan dari semua kelukaan yang dirasakan ini?

Saya secara tiba-tiba diminta oleh petugas supaya berjalan ke kelas yang tidak diketahui lokasinya sekiraya mahu berbuat demikian.

Hehhehehehehhehehhehhe biar betul.

Jika dari pejabat lagi petugas wanita itu meminta saya mencari sendiri kelas dan muallimah yang akan mengendalikan kelas, sudah tentu saya sudah melakukannya, tetapi saya diberikan pilihan untuk berbuat demikian ketika sudah berada di hadapan lift.

“I want to use this lift because i already be here. If i want to walk i will do it before i wait the lift!”

Jiwa saya sudah terbakar.

Lift itu boleh memuatkan antara empat dan lima penumpang.

Apakah istimewanya seorang wanita tempatan di ketika itu?

Ahhh saya malas mahu menuliskan senarai istimewa seorang wanita yang cantik yang dihargai dan dibanggai oleh kebanyakan lelaki walau pun lelaki itu seorang yang hina, masih kecantikan itu menjadi syarat utama untuk diiktiraf dan diterima potensi dan kebolehan dirinya…

Saya memahami mengapa rakan Syria saya benar-benar mahu saya berada di sisinya sebelum diketahui lokasi kelas dan guru yang akan mengendalikan kursus saya…

Saya merungut padanya.

Wanita mu mendiskriminasi sesama wanita.
Wanita mu hanya mahu bergandingan dengan mereka yang diredha kewujudannya.
Wanita bangsa mu mendewakan diri sendiri sehingga upaya melumpuhkan wanita yang segender dengannya.
Wanita mu keterlaluan dimuliakan oleh suku arabnya …
Apakah saya perlu menjadi wanita Amerika atau Eropah dan Inggeris bagi diterima untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan wanita mu?

Sahabat saya tersenyum.

Hangat emosi saya terpadam melihat senyumnya.

Laak! Laak! Laak! seperti dia mula berbisik bagi memadamkan puing ledakan hati saya.

Naam. Naam. Naam. Saya membina tembuk untuk menghalang curahan air sejuk dari senyuman manisnya menyentuh sanubari saya yang paling dalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s