Saksi-Saksi Bisu 3

Dan akhirnya saya menemui Muallimah Salma seorang warganegara Sudan yang berhadapan dengan masalah di kerongkong sehingga memaksanya menunda kelas kami sehingga kerongkongnya kembali pulih.

Wanita Sudan itu bersifat keibuan. Dia tidak menambah tekanan yang dirasakan menjadi wanita bukan arabyang berhadapan dengan masalah sebutan makhraj Al-Quran walau pun kami seorang muslim yang beragama islam.

Ada tiga gadis muda yang cantik dan bersaudara dari Pakistan.

Ada seorang wanita melayu Singapura.

Ada dua wanita dari India. Ada seorang wanita Filipina. dan pada hari keduanya kelas dihadiri oleh tiga gadis muda jelita dari Afghanistan di samping seorang wanita Indonesia.

Masing-masing terasa dikasihi dan dihargai oleh Muallimah Salma yang menegur kesalahan kami dengan senyuman sambil bermain mata dengan kami yang sering kali mengeluh dengan kesukaran membunyikan makhraj yang bukan sengaja dilafazkan dengan cara yang salah.

Muallimah kami boleh berkomunikasi menggunakan bahasa inggeris namun wanita yang telah berusia ini kelihatan gemar menggunakan bahasa arab dan hanya menggunakan bahasa inggeris apabila berinteraksi dengan saya. Sesekali sering dia bertanya sesuatu menggunakan bahasa arab membuatkan saya menjadi tidka tentu arah untuk menjawabnya.

Bahasa yang mempunyai nilai arkitek kedamaian ini mengapakah terpinggir jauh dari menjadi asas penyatuan ummat tatkala semuanya membaca Al-Quran? Ia seakan-akan tenggelam sehingga menjadi begitu asing sehingga sesekali menemani suami menonton acara sukan di televisyen terasa sangat janggal lafaz kalimahnya … minda saya menaakul dengan diam. Di manakah tersembunyinya pemilik harta Allah selama ini? Tidak sediakah beramanah dengan kekayaan yang dimiliki tatkala segala sumber rezeki dilokasikan di semenanjung ini. Petrol, gas, oasis dan wadi serta zam-zam. Kekal minda terus mengimbas tujuan-tujuan penulisan kisah-kisah masyarakat nusantara yang dimulai sejak lama dahulu ke manakah natijahnya tatkala masih kesudahan dengan kegagalan bahasa utama negara-negara yang telah merdeka terhakis untuk menjadi sebagai pembina sifat perantara perluasan ilmu pengetahuan saat terlihat kecapaian peralatan komunikasi kini seperti memundurkan pembinaan kejayaan peribumi oleh keperluan bersyaratkan bahasa inggeris sahaja tatkala negara industri perkilangan bagi barangan kompeten eletronik masih didominasi oleh negara-negara di sebelah Asia (Asia di sebelah Timur, Asia di sebelah Tenggara dan Asia Jauh).

Mengamati muallimah terzahir tumpuan dan fokusnya lebih menitik beratkan pembetulan lafaz makhraj dan tajweed bacaan surah kami yang menjadi asas untuk kami memahami bahasa Al-Quran yang mempunyai pelbagai lapisan kisah-kisah benar menerusi ayat-ayat perintah, larangan, seruan bagi digunakan kritikal minda untuk menyaring selidik pesanan iman ini ketika berhadapan dengan realiti kehidupan alam yang semakin menuju ke makna sah dunia ini telah berusia lanjut untuk aktiviti-aktiviti yang upaya memusnahkannya dan kehidupan yang menghuni di dalamnya.

Adakah kerana muallimah ini menghormati perbezaan status kami di mana ada yang terdiri dari pembantu rumah, pelajar dan suri rumah sahaja? Alangkah dekatnya sentuhan kasih ibu yang menjadi fungsi kekuatan wanita walau ia hanya terdapat pada segelintir kami namun ia berupaya menjadi penanda untuk wanita membina imej dan meninggalkan kesan kepada alam dan masyarakatnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s