Saksi-Saksi Bisu 4

Pada hari ketiganya saya ke pusat ini dalam keadaan baru sahaja mengalami kesakitan di lutut sehingga saya tidak boleh berjalan dan berdiri.

Keadaan menjadi teruk apabila saya berhadapan dengan masalah urat kesan dari tekanan yang dipaksakan ke atas kaki saya yang menampung berat badan menjadikan saya mendapatkan rawatan vibrate tense yakni kaedah di mana aliran eletrik digunakan bagi menghasilkan gelombang untuk mengurangkan kekejangan ketegangan ke atas lutut kaki kiri saya meski pun seorang kenalan anak membantu mengurut ia masih tidak menghilangkan kesakitan yang secara tiba-tiba menjadikan saya sukar berjalan.

Lantas  sahabat Syrian saya meminta petugas di kaunter 9petugas yangberpakaian seragam) agar membantu membawa saya ke kelas lantaran dia sudah terlewat untuk ke kelasnya yang agak jauh kedudukannya dari kelas saya  lantaran saya membawa beg tambahan yang memuatkan kitab terjemahan Al-Quran dan buku catatan.

Saya tersenyum melihat aksi rakan saya yang kelihatannya terkejut dengan sikap dan jawapan terhadap permintaannya.
“Yalla” … sambil dia mengambil beg dan beredar bersama saya menuju ke lift. Dia tidka melanjutkan perbicaraan tetapi dari reaksi wajahnya dia tidak faham tugas mereka yang berada di kaunter di bahagian hadapan bagi setiap bangunan/pejabat yang wajar berfungsi sebagai ‘penyambut tetamu’ di samping tugas khusus menjadi juru tunjuk serta perunding kata bagi mereka yang sangat-sangat memerlukan bantuan.

 

Akhlak seni yang membina perwatakan imej peribadi rohani emosi serta jasmani dari Al-Quran dan Hdis Kekasih Allah Sallallahhualaihi Wassalam tidakkah menjadikan intelek itu sebagai sabahagian yang terkandung di dalam huraian pesan tafsir kitab Allah?

 

Minda ku tidak upaya mencemuh diri ku sendiri yang sering merungut di dalam diam tatkala tercari-cari seni moral dari pembaca dan penyimpan serta pengkaji Taurah dan Injil.

 

Apakah benar Al Quran tidak menjadikan kami intelek Ya Rasulullah Sallallah hu Alaihiwassalam?

Apakah benar kami menjadi mundur kerana memilih untuk menghayati pesanan Tuan mu Ya Rasulullah Sallah hu Alaihiwassalam?

Apakah benar penyimpan dan pembaca Kitab Allah terdiri dari pengganas yang terlalu keras dan berjiwa fanatik Ya Rasulullah Sallallahu Alaihiwassalam? Terlalu banyak yang ingin ku luahkan pada mu namun Tuhan tidak mengizinkan untuk ku menemui mu walau kita terlalu berdekatan sehingga ku tertanya apakah dosa dan kesalahan kami sehingga tidak mendapat undanganNya pada bulan-bulan yang terpilih buat menjadi tetamuNya Ya Rasulullah Sallallah hu Alihiwassalam?

 

Entah kali keberapa keluhan ini menyentuh jiwa saya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s