thanaif @ tejathanaif adalah nama pena bagi Lelawati binti Mohd.Ali

Setelah mendapati penterjemahan yang dilakukan ke atas tajuk blog saya KendiriBentalaTunjangnyaAkarAkidah dan BentalaKendiriTunjangnyaAkarAkidah menghilangkan keaslian serta mengubah penulisan catatan saya melalui tajuk blog yang sepenuhnya ditulis di dalam bahasa melayu/malaysia,  saya telah mengambil keputusan untuk menyatakan dengan tegas bahawa ini menyalahi hak cipta ke atas penulisan kreatif saya sebagai penulis siber.

Sebagai satu-satunya pengarang yang menulis  di blog-blog ini dengan menggunakan nama pena thanaif dan tejathanaif saya sentiasa bertanggungjawab terhadap penulisan saya dan apabila saya telah mengesan bahawa blog-blog saya telah disalah gunakan, saya bertindak untuk bertegas dengan mengemukakan bukti hak milik nama pena thanaif dan tejathanaif tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa persetujuan saya terlebih dahulu kerana nama pena thanaif dan tejathanaif itu adalah  merupakan sebahagian dari pemanuskripan diri saya sendiri.

Saya adalah seorang wanita berbangsa melayu beragama islam dan telah mempunyai suami serta empat orang anak yang dilahirkan di bandar diraja Klang di dalam negeri Selangor, salah sebuah negeri di Malaysia.

Catatan blog-blog saya di blog.spot.com juga telah didapati disalahgunakan dengan tujuan-tujuan yang tidak jelas.

Walau pun ‘hidup kayu berbuah hidup manusia biar berjasa’ saya tidak berasa perlu berasa rendah diri kerana masih tidak membuat apa-apa jasa.

Sememangnya saya tidak ‘pandai berbedak sahaja’ tatkala saya yakin saya ‘pandai mencincang akar sehingga matinya si pucuk’ sungguh pun saya akan didakwa ‘pandai seperti pisau raut, bengkok orang dapat dibetul, bengkok sendiri kekal’ kepada Allah diserahkan segalanya sebelum bertawakkal.

Kepada moderator wordpress yang sejak semalam menggagalkan muat naik gambar saya sehingga saat ini (2/12/12 jam 12.59 tengah hari) sila letakkan gambar wajah saya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s