Sebelum Menjadi Jenazah 1

Syariah sebagai produk baru dunia dan masyarakatnya.

Al-Quran melahirkan budaya thaharah perlahan ku nyatakan kepada diri tatkala mendengar penerangan wanita yang sedang mengendalikan program pengurusan jenazah minggu lalu.

Thaharah menuntut keaiban bathin disempurnakan oleh rasa muraqabah  tidak terlepas pandang Raqib dan Atiq walau bersendirian.

 

Apakah kebersihan itu bukan sebahagian dari kesihatan?

Saya mengomel sendirian.

Pada saat ini saya mulai menerima anjuran penjagaan makanan setelah sekian lamanya mengabaikan saranan yang diberikan oleh emak dan kakak-kakak juga anak saudara.

Saya menolak senda gurau yang lebih menjurus kepada nilai-nilai materialistik sebelum ini oleh gandingan sedondon antara membina imej bgi menzahirkan rupa dan susuk diri wanita muslim itu sendiri berbanding tuntutan yang dianjurkan oleh Al-Quran.

 

(mereka tidak memahami maksud ku terhadap ‘syariah’ masih tidak mempatternkan cara berfikir’ muslimin)

 

Sementelahan nota Surah Al-Baqarah ku masih tidak diusik … minda mulai menerima anjuran penjagaan makanan yang dicirikan oleh Al-Quran dari ayat-ayat di dalam surah Al-Baqarah mengenai proses persediaan makanan sebagai budaya bagi mukminin yang kaedah proses perjalanan syariah itu membangunkan akal dan fikiran dan mengembangkan pengetahuan mengenai keseimbangkan nafsu dan akal penanda manusia dari haiwan.

 

Lantaran berpeluang menguruskan percutian panjang tanpa aktiviti perjalanan, diikuti program ilmu bagi menambah penghayatan ku pada pengetahuan yang sedia ada tentang tuntutan-tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah buat muslimin.

 

Membelek nota kertas yang disediakan minda mulai menerpa pada saat lalu tatkala membantu menguruskan jenazah aruah nenek ku.

Penggunaan peralatan sewaktu pengurusan jenazah amat membantu bagi menyempurnakan pengurusan jenazah.

Troli usungan yang beroda sememangnya disediakan di setiap surau dan masjid di tempat kami.

Ianya digunakan secara bersama oleh setiap anak kariah tatkala berhadapan dengan kematian ahli keluarga.

Reka binanya yang mempunyai saluran bagi memudahkan pengaliran air tersedia di hujung bahagian kaki troli di kanan dan kiri.

Bahagian di kepala troli ditinggikan bagi memudahkan pengaliran air mengalir supaya air tidak  bertakung  di bahagian tengah troli.

Getah air digunakan hanya bagi mengalirkan air semasa memandikan jenazah tanpa memasukkan salur air itu ke mulut atau bahagian aurat jenazah.

Penggunaan air masih dapat dijimatkan bagi menyempurnakan kebersihan tanpa terikat untuk mengikuti peraturan sewaktu di dalam keadaan dharurat yang memaksimumkan penggunaan air.

Apakah masa kini air sudah menjadi perkara yang membuatkan  perbuatan semasa keadaan dharurat  diperlukan (tanpa melibatkan hal keadaan kematian yang berlaku di kawasan yang ketiadaan air memerlukan tayammum misalnya dilakukan ke atas pengurusan jenazah)?

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s