Sebelum Menjadi Jenazah 3

Seni pembinaan sesebuah rumah muslim,  amat perlu mendapat penelitian khususnya bagi negara yang  mempunyai ramai rakyat beragama islam khususnya di negara yang agama rasminya  christian, jews, Buddha , Hindu juga negara atheist.

Memiliki ruang yang mencukupi bagi sebuah bangunan kediaman wajarkah menjadi ciri pembinaan pengurusan jenazah upaya dilakukan oleh ahli keluarga agar tidak wujud keadaan memandikan jenazah di bilik tidur?

 

Soal lain yang mendapat fokus ku ialah apakah pendiri an ulamak berhubung penetapan pemberian upah bagi pengurusan jenazah apabila ia menjadi pekerjaan yang hanya dilakukan oleh sekumpulan individu yang melakukannya secara ikhlas dalam memenuhi tuntutan fardhu kifayah di kalangan muslimin tatkala pelajaran pengurusan jenazah tidak menjadi sebahagian yang dipelajari  dari mata pelajaran Pengajian Agama Islam di sekolah-sekolah tatkala ia menjadi sumber pekerjaan.

 

Adakah sifat amanah bukan lagi menjadi ciri bagi sebuah sekolah?

 

Adakah seorang suami atau isteri serta anak-anak selain adik beradik yang lelaki dan perempuan tidak upaya beramanah untuk menjadi sebahagian dari pengurus jenazah sehingga diperlukan mereka yang bukan ahli keluarga menguruskannya?

 

Siapakah yang berhak menutup keaiban kita tatkala sudah tidak berdaya kita menutup segala yang upaya terbuka?

 

YA Allah tutupkanlah keaiban ku saat berhadapan dengan sakratul maut Mu.

Ya Allah tutupkanlah keaiban ku saat jasad ku dimandi dan dikapankan di khalayak yang tidak ku kenali

Ya Allah tutupkanlah keaiban ku saat jasad ku diliang lahad  dan ditalqinkan

Ya Allah tutupkanlah keaiban ku saat aku berhadapan dengan Mu…

 

Minda ku tertarik dengan beberapa isu yang dikupas oleh pengajar yang menjadi fokus utama ku dalam mendesignkan reka bentuk bagi syariah untuk lebih dikenali sifat, ciri, bentuk dan patternnya secara universal tanpa terikat pada sisi pengurusan keewangan semata-mata sementelahan sudut  siasah islam masih amat kecil model yang dapat diteladani kesan dari anjuran pengasingan antara agama dengan siasah.

 

Menyentuh sanubari yang dalam terhadap keinginan pengajar untuk melihat anak-anak perempuan menguruskan jenazah ibu-ibu mereka, melihat suami menguruskan sendiri jenazah isterinya selain melihat isteri menguruskan jenazah suaaminya serta melihat anak-anak lelaki menguruskan jenazah bapa-bapa mereka dengan mendapat pimpinan tunjuk oleh orang yang mempunyai kelayakan melakukannya.

 

Mengapakah kisah Saidina Ali bin Abu Talib (karamallahhuwajha) memandikan jenazah isterinya Siti Fatimah binti Muhammad Sallallahhualaihiwassalam dan Saidina Abu Bakar bin As-Siddek yang memandikan jenzah salah seorang isterinya tidak menjadi teladan?

 

Mengapakah hanya kisah Khawarij sahaja yang diisukan secara ilmiah setelah ummat mengenali sejarah Abdullah bin Ubai.

 

Tidak bersalahan jika saya inginkan huraian dijelaskan oleh tenaga pengajar saya di pusat-pusat pengajian Islam ini mengambil fokus berhubung dengan ras etnik bangsa arab khususnya generasi muda Palestein yang menterjemahkan imej ‘out going’ yang sering memperlihatkan sikap tidak bersantun apabila berada di khalayak.

 

Adakah status sebagai etnik yang mendapat fokus kebajikan dunia menjadikan mereka begitu atau upayakah penganiyaan yang dihukum ke atas mereka oleh jiran tetangga menjadikan terbentuk sikap begitu di kalangan mereka walau pun yang muslim dan bukan muslim?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s