Komunikasi Bisu Dengan Bahasa Mata

Keletihan jasad menjadikan lakaran catatan ku masih berlingkar pada rutin harian yang lama tersimpan kisahnya.

Umpama teracun jiwa ini setelah mulai mengenali wanita-wanita yang pelbagai firqah membuatkan jiwa ku kelemasan. Sesak emosi tanpa wujud sesal di hati, sebak naluri tanpa pedih menikam diri, marak menyala api menjilat emosi tanpa bermaharajalela rasa benci …. menukar racun menjadi madu memaniskan perkenalanan kami yang tidak menggunakan banyaka bahasa… komunikasi bisu dengan bahasa mata mengiringi hari-hari yang melelahkan minda…

Pelajaran Al-Quran berjalan lancar setelah saya bertukar kelas ekoran pertindihan jadual dengan program pelajaran bahasa di Maryam Centre.
Bagaikan disusun dengan indah program di Mozaah Centre menjadi medan dilihat ketoleransian oleh tolak ansur di kalangan wanita-wanita solehah yang umumnya menghimpunkan wanita-wanita yang sudah berusia di samping wanita-wanita yang masih muda.

Sifat solehah wanita-wanita yang ditemui bukan sahaja menyejukkan mata malah menyegarkan jiwa saya … tanpa diserlahkan aksessori yang menjadi pendandan utama wanita … selain tas tangan yang berjenama juga sepatu yang menyerlahkan naluri wanita berfitrah, pekerti yang membentuk mereka mungkinkah dari alunan bacaan Al-Quran yang setiap hari diulang kalimahnya?

Wanita solehah mudah bertolak ansur … agamakah yang memungkinkan antara wanita saling mudah beralah tatkala menemui keutamaan yang perlu didahului atau adakah emosi mereka yang serba lembut itu mudah diapikan dalam mencapai sesuatu tujuan oleh para lelaki?

Setelah menyatakan pertindihan masa yang tidak dapat dielakkan Muallimah Salma menegaskan bahawa saya wajar mendahului sessi jadual yang diatur oleh Maryam Centre lantaran wujud dua kelas yang dikendalikannya untuk diikuti mengikut masa yang sesuai dengan kelapangan masa yang saya miliki.

Jadual masa yang fleksibil yang disusun oleh Mozah Centre tidak terasa membebankan masa lapang saya.

Pilihan yang menjurus kepada kesempatan jelas dizahirkan.

Lokasi penempatannya juga tidak memberikan tekanan kepada kebanyakan kami yang memandu sendiri dan kejauhan di antara satu sama lain menjadikan mustahil untuk kami berkongsi kenderaan ke kelas.

Kami tidak menghadapi masalah untuk meletakkan kenderaan.

Tiada jiran yang berasa terganggu dengan fungsi sebuah madrasah.

Sebuah tempat yang mempunyai ramai pelajar dan memerlukan kemudahan pengangkutan adalah antara sifat sebuah madrasah.

Ia membuatkan saya tertanya status hak miliki sesebuah kediaman di negara ini dan negara teluk lainnya adakah menjadikan tuan tanah bebas dari diuruskan oleh kerajaan untuk diletakkan penanggunganjawaban sekiranya wujud pertindihan kuasa?

Minda saya melirik merayu emosi untuk memberi laluan kepada intelek menghalunisasikan seluruh pandangan mata… jiran-jiran di sini seperti tidak menghormati fungsi sebuah madrasah jika madraah berlokasikan petempatan yang dibangunkan di kawasan privasi.

Ketika membiarkan mata melihat kejiranan di Maryam Centre saya terganggu untuk kekal meletakkan fokus adakah pembinaan masjid dilakukan ke atas tanah yang diwakafkan dan adakah pemilik masjid yang saling berdekatan sepenuhnya bertanggungjawab ke atas menyempurnakan pasarana setempat sehingga agak terkejut melihat bagaimana jalan-jalan tar sebagai laluan utama awam boleh dikorek untuk dibina tiang-tiang bagi dibina ‘extension’ bangunan tambahan.

Jika di tanah air saya kesemua jalan raya utama awam berada di bawah kawalan Jabatan Kerja raya dan Majlis Perbandaran mengikut daerah dan kami akan dikenakan denda maksimum jika merosakkan jalan raya dan harta awam yang berada di atas jalan raya tersebut seperti tiang lampu, tiang telekom, tempat pembuangan sampah serta tanaman yang ditanam. Kami akan dipenjarakan jika tidak membayar denda dalam bentuk saman yang dikenakan oleh kerosakkan di tempat awam.

Benarkah tinggi harga yang perlu dibayar kesan dari pergantungan ke atas pekerja asing di negara tempat saya bermaustautin ini?

Apakah kewujudan banyak firqah di kalangan bangsa arab tidak upaya menjadikan bangsa ini menjadi pekerja di setiap lapangan kegiatan mereka bermula dari sektor perburuhan serta pekerja kumpulan sokongan sehingga ke jawatan tinggi di sektor pengurusan?

Apakah para pelarian bangsa ini berpuas hati hanya menjadi penghijrah sahaja?

Atau mereka sememangnya tidak tahu bagaimana mahu memulakan sesuatu pekerjaan kesan dari keselesaan menjadi anak-anak orang-orang yang berharta?

Sehingga berapa keturunan generasikah mereka membenarkan diri untuk menjadi bangsa pelarian?

Siapakah pihak swasta di negara ini?

Orang kaya yang tamak?

Pemilik kelab jutawan yang berkepentingan?

Lalu mengapakah anak-anak yang mahu didewasakan sebagai sukarelawan?

Nota Hati :
(hey man dont fool yourself when you just look at this location without think about your greedy mind to have a right thru any club on arab land)

One thought on “Komunikasi Bisu Dengan Bahasa Mata

  1. You are so awesome! I do not suppose I’ve read through anything like this before. So nice to discover somebody with a few original thoughts on this topic. Really.. thanks for starting this up. This website is one thing that’s needed on the internet,
    someone with a little originality!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s