Benarkah Dikau Berbangsa Arab Ya Rasulullah Sallallahualaihiwassalam?

Piut moyang ku tidak bergelar
Bukan bangsawan tidak berdarjat
Tiada harta tidak berpangkat.

Nenek moyang ku serba sederhana
Dhoif pada gaya anggun kaya jiwa
Miliki maruah yang tidak dijaja walau sering dinista.

Jurai silsilah nasab ku
Saling kuat mengerat kasih menyurat rindu
Selama masih ada denyutan nadi di kalbu.

Namun mengapakah tergamak dilupakan saat alam mendapat barakah
Pada hijau yang dilirik keuntungan duniawi
Tanpa dihijaukan juga ukhrawi?

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib, bin Hasyim, bin Abdul Manaf, bin Qushaf, bin Hakim, bin Murrah, bin Ka’ab, bin Lu’ai, bin Ghalib, bin Fihr, bin Malik, bin Annadhar, bin Kinanah, bin Khuzaimah, bin Mudrikah, bin Ilyas, bin Mudhar, bin Nizar, bin Ma’ad, bin Adnan sehingga ke Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim.

Berselawat memberikan pahala
Lafaz kalimahnya bagaimana?
Sayu rasa pedih ini terluka…

Kami telah lupa…
Tentang mu
Seerah mu tidak mengintelekkan minda…
Dakwa yang berilmu

Akar mu entah di ranting mana

Entah masih ada entah sudah tiada

Hanya kerana nasab mu tidak mahu bersengketa

Tidak mahu ummah diceraikan kerana bangsa

Kami tidak mengenali untuk membela mereka….

One thought on “Benarkah Dikau Berbangsa Arab Ya Rasulullah Sallallahualaihiwassalam?

  1. Hello, i think that i saw you visited my web site so
    i came to “return the favor”.I am trying to find things to improve my web site!
    I suppose its ok to use some of your ideas!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s