Catatan Buat Cik Puan-Cik Puan Ku

Bentala Kendiri Mahu Berdemontrasi

Tahukah dikau Cik Puan-Cik Puan bahawa sering saya menghitung di dalam diam bagaimanakah wajah Cik Puan-Cik Puan?

Masih dihidu wangian mu yang berjenama.

Ibu bagi setiap diri teruna dan dara (kecuali andai diri mu gagal hamil)

Cik Puan-Cik Puan juga steri bagi setiap diri lelaki yang menjadi suami.

Resahkah menjadi perindu duhai Cik Puan-Cik Puan?

Pada janji lesu gemaan merdeka tatkala kini semakin jelas amanah itu berseni demontrasi terpuji.

Tanpa selidikkah petugas keamanan kita Cik Puan?

Tatkala sarat udara yang luka dengan cota, pemedih mata serta gari.

Yang semakin dihadami oleh anak-anak sebagai matang mandiri… ialah dengan jujur menjadi berani tanpa memihak kanan dan kiri apabila sahih undang-undang kekal dihormati bukat ditakuti.

August 17, 2010 • 2:30 pm

—————————————————————————————————————–

Bolehkah bertanya kepada Tuan-Tuan Cik Puan-Cik Puan?

Adakah kita masih berada di dalam lingkaran kemodenan tatkala nelayan, penternak dan peladang masih berperahu atau berbotkan enjin sangkut tatkala dunia global sedang berfungsi untuk menciptakan keuntungan, Cik Puan-Cik Puan?

Lantas bagaimanakah proses intelek dunia moden digarapkan ke atas golongan yang tidak berpendidikan tinggi tetapi berpengetahuan oleh pengalaman khususnya dari sektor pertanian, perladangan, penternakan, perburuhan, pembinaan yang masih menjadi sumber utama rakyat berpendapatan namun diabaikan oleh pemfokusan terhadap sektor perkilangan dan pembuatan?

Cik Puan-Cik Puan belakarkah di kolej dan universiti tentang sulfur dioksida di samping karbon monoksida?

Bukankah Tuan-Tuan Cik Puan-Cik Puan sendiri mengekalkan metana dari gesaan pendirian ‘rumah-rumah hijau’?

Saya sendiri tidak belajar mata pelajaran Sains tulen seperti Fizik dan Kimia untuk membutakan intelek bahawa ‘rumah-rumah hijau ini juga membebaskan kepanasan ke atas alam ini, Cik Puan-Cik Puan.

Kepada siapakah saya perlu mengujarkan pertanyaan lagi setelah wujud ‘fooldotcom’ bagi mengumpulkan soala-soalan yang menzahirkan kebodohan individu yang suka bertanya?

Tidakkah ianya mengasuh supaya anak-anak kita menjadi penakut Cik Puan-Cik Puan?

Usaha membasmi kemiskinan adakah di kalangan mereka yang berpendapatan rendah atau mereka yang berpendapatan tinggi, duhai Cik Puan-Cik Puan?

Saat ini juga saya sering tertanya Cik Puan-Cik Puan tentang hakikat ‘cinta’ tawaran dari worldwide church of God…tatkala saya miliki hakikat cinta dari Al-Quran yang membentuk tamadun cinta yang lebih tinggi sifat akhlaknya.

Hakikat cinta tanpa hakiki.

Petikan Syair Ahli Sufi :

“Aku bertanya di manakah dikau wahai Nu’um cintaku?

Tiada nikmatnya rasanya saat ‘Dikau’ jauh dari mataku.

Di manakah kini keluargamu menempatkan diri mu?

Dimanakah bumi yang dikau layari?

Dan ke mana tujunya?

Duhai angin,

Pimpinlah daku kepadaNya?

Biarpun di balik bintang kan ku pergi mencarinya.”

Usah khilaf faham kerana kata ‘Dikau’ itu untuk Allah Tuhan yang menciptakan diri ku dan diri mu Cik Puan -Cik Puan.

Masihkah boleh ku tanyakan pada mu Cik Puan-Cik Puan?

Bagaimanakah anak muda remaja kita mengolahkan rasa cinta hingga rindu sebegini kepada perkara kebaikan yang dijamin oleh perlembagaan masih dinoda dengan nista ngeri pencetus huru hara?

Dan …

Tidak tercapai akal siapakah bila kita berbahasa menurut lidah bangsa yang tidak diiktiraf memiliki nama?

Catatan pada 27hb Jun 2011 pukul 1.42 ptg.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s