Voltej Pada Arus Juga Mahu DiPenjarakan?

Sudah banyak saya kehilangan catatan-catatan di siber yang bertindak kejam menelan begitu sahaja usaha-usaha kecil saya dalam penulisan setelah tidak banyak ruang diberikan untuk penulisan di dalam bahasa kebangssan Malaysia di kebanyakan laman maya.

Terasa sungguh sia-sia apabila peningkatan pengurusan teknologi dan kecekapan kemahiran perekaan untuk reka cipta yang memlalui jejalur salur fiber optik turut menjadi penyebab saya kehilangan catatan.

Facebook juga bertindak dengan tidak wajar apabila penggunaan ‘smart phone’ turut memangsakan kumpulan-kumpulan yang saya bina di laman tersebut apabila ianya gagal dibuka untuk dikemaskinikan.

Semenjak saya kehilangan catatan-catatan berharga di blog.friendster saya semakin gagal meredakan kemarahan yang disengajakan wujud oleh puak-puak yang tidak dikenali ini yang tidak dapat dipastikan ianya dari mana.

Catatan kali ini adalah catatan dari kumpulan laman facebook saya yang gagal dikemaskinikan yang dikirim pada 17/Jun/2011 sekitar jam 7.01 petang waktu Doha.

Sebelum Mac 2006 sangat dipercayai masih belum ada dan tidak wujud sebarang pengaksesan yang menggunakan nama thanaif.

Benar saya menjadi saksi ke atas diri sendiri dengan saksi-saksi dari Allah serta para malaikatnya walau pun tanpa saksi dari kalangan manusia yang tidak berperihatin kepada usaha-usaha kecil saya selama tujuh tahun ini.

Lama kemudian lantaran thanaif itu seolah-olah wujud kemiripan sebagai nama arab saya telah menggabungkan nama yang upaya mendekatkan pemiliknya dengan akar jati dirinya berperibadi sebagai wanita melayu yang beragama islam.

Lalu tergabunglah thanaif menjadi tejathanaif.

Tidakkah saat itu saya memperelokkan kedudukan wanita-wanita saya dengan mendahului mereka apabila meletakkan teja dahulu sebelum thanaif? Suara nakal dari sanubari saya yang paling dalam berujar.

Benar.

Saya sering berbual dengan kesemua pancaindera bermula dari hati dan emosi sebelum saya tinggikannya ke minda, bila berasa terbit hasrat ingin berbangga-bangga diri dek emosi yang angkuh saya rasionalkan suara bual yang bisu ini ke sudut intelek sebelum diresapkan seluruh kesombongan ke dalam rohani yang sering mendakap saya dengan penuh kesederhanaan agar saya selalu berakhlak dengan moral insan-insan yang baik watak dan perangainya.

Saya mengujar tanya kepada pemerhati yang tidak pernah mahu menunjukkan wajah ketika sedang ashik mulai menulis :

Kita memikirkannya secara peribadi secara sendiri-sendiri bukan ada perkongsian untuk disepakati!!!

Lalu kebelakangan ini apakah yang terjadi?

Entah.

Masih sukar dimengertikan apakah musibah yang merintangi nama ini.

Sungguh kita berasa kesukaran saat kita saling tidak mengenali dan dipaksakan untuk berinteraksi seolah-olah saling mengenali. Berahsia bukan cara yang baik walau pun ada niat yang jujur untuk membantu.

Benar bagai dikata.

Mereka seolah-olah memenjarakan kita.

Apakah dosa dan cela pada nama pena ini?

Atau disengajakankah diri kita yang mahu dibenci?

Entah.

Sehingga hari ini tiada jawapan.Yang pasti usaha-usaha ini menjadikan saya semakin membenci spesis berlainan gender dengan saya dari kalangan lelaki gelap warnanya!

Saya juga tidak tahu jika wujud wanita-wanita yang mudah diperalatkan hanya kerana alasan yang tidak jelas tatkala saya seorang wanita yang sudah berusia dan beragama islam.

Keji! Sesekali terluah dari bibir saya dengan nyaring dan kuat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s