Guru atau Muallim Komunikasi Ummah?


Catatan 27/3/13

Tatkala menjelangnya pilihanraya di tanah air diikuti siaran radio dari rangkaian internet yang berwadahkan islam tatkala mengusahakan keseimbangan informasi diperolehi setelah kesemua media menjadi lidah bicara sebelah pihak sahaja.

Bagaimanakah upaya menyatukan negeri-negeri di Malaysia berdasarkan laporan dan paparan berita dalam kesedaran bahawa negara mempunyai pembangkang yang baik sekiranya penterjemahan kesaksamaan komunikasi turut dibentuk oleh manhaj dan metod yang digariskan oleh fikh dalam usaha menyelaraskan penetapan hukum di dalam sistem siasah,sosial dan ekonomi tanpa tertumpu kepada pengupasan hujjah berdasarkan idea semata-mata.

Tatkala pencatat berada di salah sebuah negara di teluk, Liga Arab diharapkan turut menterjemahkan keperluan negara-negara mereka mempunyai pembangkang yang baik jika kerajaan mereka dipilih menerusi pilihanraya kerana mesej siasah di dalam Piagam Madinah ialah syariah menuntut wujud contoh bagaimana Islam memerintah.

Dalam masa yang sama tidak salah untuk diketengahkan persoalan yang menjurus kepada sambutan hari pendidik adakah universiti diuruskan oleh manusia atau sistem yang mengatur Kementerian dan Jabatan di dalam pengurusan pendidikan tatkala mengkhususkan sistem pendidikan sebagai ibadah.

Merujuk tafsiran dari surah Ali Imran ayat 157 hingga 174, tidak salah jika diaplikasikan sifat-sifat mukmin, sifat-sifat kafirun dan sifat-sifat munafiqun jika pemantauan disisikan pada sudut yang lebih positif di dalam lingkaran yang upaya mengubah kenyataan dan hakikat mereka yang berdosa itu dituntut oleh Al-Quran agar beroleh kebaikan sekiranya sedia menjiwai perintah dan tegahan yang dibicarakan di dalam Al-Quran dan pesanan iman dari hadis rasullullah sallallah hu alaihiwassalam.

Wujud kaitan yang erat dari sejarah peperangan badar dan Uhud terhadap kelemahan pengedaran informasi masa kini yang wajar ditangani oleh dunia muslim dan tidak lagi dikendalikan sepenuhnya media di barat.

Tidak wajar lagi permusuhan dibenihkan tatkala tuntutan bagi memahami syariah sebagai produk di dalam siasah yang menjurus kepada syariat memimpin ibadah diluaskan pengaplikasiannya di dalam seluruh sistem kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s