Sesudah Demokrasi

Komuniti masyarakat perlu dididik oleh kesedaran bahawa seandainya peluang dan kesempatan untuk menggunakan kuasa memilih tidak digunakan sebaik-baiknya mereka sendiri perlu berhadapan dengan kesan dari sebarang konflik yang diwujudkan.

Misalnya pengurusan-pengurusan pembangunan ummah yang berhadapan dengan kekurangan makanan,kekurangan rawatan oleh kekurangan hospital dan kemudahannya apabila kekurangan penggunaan teknologi penyelidikan dalam meningkatkan taraf kesihatan akibat dari ketidak sekataan dipasaranakan keperluan asas seperti kelemahan perawatan air yang tercemar,tiadanya bekalan eletrik untuk dijana daya yang menyumbangkan penggunaan peralatan moden akibat sekatan-sekatan yang tidak munasabah alasannya oleh piawaian global dalam menangani persoalan kemiskinan bagaimanakah negara miskin dan negara muslim ditawarkan pakej bantuan bagi mendepani krisis kemudahan pinjaman yang masih bermindakan pendiskriminasian oleh dasar-dasar agihan pengedaran yang masih menumpukan hanya kepada lokasi yang sama kesan dari pusingan masa bagi ditingkatkan bantuan telekomunikasi dan sistem aliran pengangkutan, apakah memungkinkan penyelenggaraan pembangunan ekonomi secara menyeluruh dilakukan apabila pendidikan dipiawaikan semula sistemnya?

Syariat sebagai produk baru ummat patern designnya upaya memberikan pembaharuan kepada pelbagai sektor masyarakat dunia.

Masyarakat di negara maju perlu melihat dasar kepada wujudnya masalah di negara miskin sekiranya benar-benar jujur mahu membantu.

Peluang dan kesempatan bukan untuk berkebajikan semata-mata tetapi dirintis kepintaran baru untuk menterjemahkan ciri kepimpinan adalah di tangan golongan yang suka membina dan membela kebenaran.

Pesan Rasul sallallah hu alaihiwassallam ialah masih ada dari kalanganku (ummatku) sekumpulan yang menegakkan kebenaran dan bagi yang menentang dan membelakanginya tidak akan memberikan apa-apa kemudharatan kepada mereka sehingga berlakunya kiamat.

Fokus millennium mahukan negara maju terus kaya atas berbagai jenis dagangan seperti pembekalan perubatan,makanan,sumber tenaga, dan peralatan senjata atau millennium ini nanti mahu membantu negara miskin menjadi mundur akibat penanggungan kesan peperangan atau sengketa yang tidak menjadikan rakyat negara tersebut dihormati oleh dunia antarabangsa kerana kelemahan yang diusahakan misal konflik yang mencacatkan alaf abad 20 ini yang hampir 40 tahun masih menemui kebuntuan untuk ditemui penyelesaiannya.

Apakah konflik juga akan kekal dicetuskan di lokasi yang kaya sumber tetapi miskin harta kerana tiada kemudahan dan peluang pendidikan.

Adakah pernah penyelidikan terhadap makanan halal yang dipastikan dari sumber yang sihat yakni tanaman dan ternakan yang dikeluarkan zakatnya, merupakan antara kaedah yang boleh menghindari virus haiwan dari terus membiak kerana pembinaan deoxyri bonucleic acid biarpun 90% nya adalah air namun pembinaan genetik tetap dipengaruhi oleh jenis pemakanan yang diambil misalnya makanan laut dan daging berupaya menentukan jantina kandungan (oleh kaedah sains moden selain ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah) yang memurnikan aqal dan qalbu?
(Antara alasan mengapa amat wajar syariat islam tidak lagi dimusuhi)

Pengintegrasian antara masyarakat kerukunan yang mengharmonikan hubungan tidak harus dimonopoli medan medianya bermakna ianya perlu bebas dari kutukan kerana penginstitusian maklumat memerlukan pembinaan imej yang dapat dicontohi yang selari dengan penyampaian risalah dakwah oleh Nabi Muhammad sallallah hualaihwassallam bahawa muslimin hanya berkewajipan untuk menyampaikan yang benar sahaja dan terserah kepada Allah untuk memberi pimpinan.

Menyembunyikan kebenaran tidak boleh menjadi tuntutan dalam penyebaran info dan maklumat.

Selagi wujud kemiskinan selagi ada diskriminasi selagi ada yang masih perlu disuap selagi ada yang masih mahu menurut diatur akurkan,’kemenangan’ kean dari amalan demokrasi tidak memberi harga.

Masihkah usang catatan lama ku?
29/3/07

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s