Wujudkah Perbezaan Antara Jerubu Dengan Nakbah?

Mencerahkan kejerubuan di tanah air membawa kesayuan kerana di antara langit dengan bumi itu adalah khalayak bani Adam yang dipercayai terpilih untuk menjadi pemegang amanah.

Bertahun-tahun masih di tangan pihak tertentu amanah diberikan dan kekal bertahun-tahun ummat bani Adam saling sukar yakin menyakini untuk saling mempercayai di antara satu sama lain.

“Lebih kecewa masih antara gender juga dihalakan pertelingkahan. Bukankah itu membuang masa?”

“Ahhh Cik Puan teja masih di sini… permusuhan di antara Iblis dan Syaitan masih menjiwai rohani anak-anak bani Adam.”

“Sungguh saya masih gagal memahami pembawaan sejarah yang jelas diungkapkan dari Al-Quran terhadap ramainya kaum lelaki dari zaman Firaun dipusarakan di dasar Laut Merah. Waktu itu para wanitanya kehilangan lelaki-lelaki setelah sebelum itu Firaun membunuh setiap anak lelaki yang dilahirkan pada selang dua tahun… masih perlukah kegenderan ini memesongkan niat-niat untuk diberdayakan insan?”

“Benarkan saya membuat perbandingan dengan peristiwa nakbah yang juga menterjemahkan kelemahan muslim dalam memperundangkan fikh di kalangan msyarakat itu sendiri setelah lama berjuang untuk menolak penindasan yahudi. Zakat juga di ketika itu tidak menjadikan keadilan sebagai sistem yang menguruskan kemiskinan rakyat tempatan tatkala mereka benar-benar kuat bersatu menentang kezaliman.”

“Awas dengan suara mu! Dikau nanti dikatakan pengkhianat. Mereka yang dikau dakwa itu adalah saudara-saudara mu sendiri.”

“Nakbah adalah malapetaka kepada minda kerana pasangan kepada persaingan yang ditawarkan adalah tentang keberkesanan polisi Amerika yang meruntuhkan peradaban moden negara dan sekutunya apabila khalayak korporat menjadi pengurus utama kepada edaran kekayaan negara-negara khususnya di dunia islam. Lantas khalayak eliet bangsawan dan ahli politik telah mereka tawarkan demokrasi sebagai sistem mengatur kerajaan dan impaknya menatijahkan pertindihan dan kemelut sesama rakyat tatkala kuasa menguruskan kekayaan kekal diperolehi oleh dasar kapitalis atau sekular.”

“Pengulangan pengkisahan kepada kisah zionis dan kaum muda Turki kekal berlaku, begitukah maksud mu, thanaif? Kekerasan mu ini masih tidak berubah.”

“Jerubu ini bacaan seerah yang minta didahului ibadahnya saat sekecil-kecil iman adalah menghilangkan halangan di jalan dan membuang duri yang upaya menyakiti di jalanan… adakah peladang petani, penternak, nelayan, pemburu malah pelombong hanya semata-mata menjadi apa yang perlu mereka lakukan tanpa terlibat untuk mendapatkan pendidikan islam tatkala bukit yang tinggi telah direndahkan, hutan yang tebal telah diterangkan, sungai yang jernih telah dikeruhkan, tanah yang tiada telah ditambakkan sehingga ais yang tebal telah dicairkan, air yang melimpah semakin kering, garam juga yang masih memasinkan laut …”

“Dikau lupa CO itu masih memenuhi udara dan persekitarannya tanpa jerubu atau puing larva sehingga O2 mu kian berkurangan yang menjadikan anak-anak dan isteri mu perlu menabur benih di mana-mana demi untuk membina rimba raya di atas bangunan mu yang tinggi!”

“Ya siapakah yang sedia merendahkan semula bangunan-bangunan yang kian sepi dari dihuni?”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s