IBADAT HAJI adalah fakta yang benar bukan ilham,ilusi, mimpi atau imaginasi .

Tatkala Lembah Arafah Itu Di Tanah Arab

Tatkala Lembah Arafah Itu Di Tanah Arab


Akidah bagi yang beragama bukan boleh diadili oleh media!

Akidah bagi yang beragama tidak boleh disensasikan oleh para penghibur!

Dan pada kunjungan acara-acara perayaan keagamaan tidak wajar turut dikhususkan jenis perbualan apabila saling bertemu bertanya akhbar tatkala minda dan emosi ummat lebih berkomunikasi dengan pelbagai jejenis mesin gajet yang mudah digenggam di tapak tangan atau dilihat di skrin-skrin … malah telinga juga mata lebih berkomunikasi dengan gelombang serta frekuensi, si jahil sahaja yang rela menjadi dungu.

Lalu mengambil keberkatan ibadah haji untuk tahun 1434 Hjriah ini dinukilkan sekali lagi catatan peribadi saya dari blog http://www.nurteja.blogspot.com :

AQIDAH MUSLIM
12/10/13

Khutbah Masjid di Kuala Lumpur.

ALLAH hanya untuk masyarakat yang beriman dengan tauhid yakni merujuk muslimin yang menzahirkan ibadah sebagai kebertanggungjawaban terhadap makna beriman.

Wujud keadaan masyarakat yang beragama tetapi tanpa beriman kerana tiada penzahiran beribadah kerana itu dalam kewajaran bagi memahami bahawa hanya Allah yang Esa inilah yang menciptakan seluruh manusia dan alam yang mana kewujudan semula isu ini dianggap sebagai kelemahan ulamak dan kepimpinan negara-negara di dunia muslim untuk melakukan penegasan mereka adalah ummat Nabi yang ummi Muhammmad sallallah hu alihiwassallam.

ALLAH berbeza dengan ‘The God’ kerana ALLAH bersifat ESA sebaliknya ‘The God’ bersifat trinity yang bersalahan dengan makna bertauhid oleh kewujudan Tuhan, Bapa dan Anak.

Islam agama yang sah di sisi Allah (bukan ditentukan oleh muslimin tetapi Allah sendiri yang menetapkannya).

Bible bukan kitab dari wahyu langit.

Talmud berbeza dengan Kitab Taurat kerana Talmud karangan para rabbi yahudi.

Al-Quran tidak pernah berubah atau diubah ayat-ayatnya dan susunan surahnya tetapi tafsirannya yang diperdalamkan penafsirannya oleh kefahaman makna wahyu memuliakan akal dan takrifan iktikad beriman dengan Rasulullah sallallah hualaihiwassallam yang menyempurnakan Islam sebagai Ad-Deen.

Beriman dengan iman dan islam melahirkan syariat yang mewujudkan syiar untuk ehsan menjadi sifat tawadhu’ kepada mukminin.

Penggunaan kalimah ALLAH itu menuntut dihayati maksud Hak Milik Peribadi kerana Allah adalah nama kepada Pencipta alam ini.

TELAH DIJADIKAN BAGI MANUSIA ITU MENCINTAI HAWA NAFSU TERHADAP WANITA, ANAK-ANAK, KEKAYAAN YANG MELIMPAHI DARIPADA EMAS DAN PERAK, KUDA YANG TANGKAS, HAIWAN TERNAKAN DAN SAWAH LADANG (PERKEBUNAN/PERLADANGAN) YAKNI KESENANGAN KEHIDUPAN DI DUNIA.

Masalah yang wujud ialah :

Bagaimanakah ‘My God’ meniti dari bibir muslimin bila adalah ungkapan Allah?

Di manakah hukum perundangan Islam di dalam sistem pendidikan negara-negara islam?

Sejauh manakah sedia diterima bahawa pakaian ‘uniform’ pelajar-pelajar perempuan muslim dan guru-guru tidak mematuhi fikh yang digariskan oleh Al-Quran dan Hadis.

Asas-asas Fardhu Ain tidak menjadi pelajaran teras di sekolah-sekolah islam tatkala Kesihatan menjadi sebahagian dari kesinambungan makna HUB HALAL yang mengaktifkan semula penjanaan kegiatan ekonomi ummah.

Cabaran buat komuniti dan tokoh sukan dunia serta penggiat sektor pakaian di kalangan muslimin yang dibawakan hala tuju mereka menuju 2022 bahawa mereka wajar mengketengahkan jenis-jenis sukan yang boleh disyariatkan fikh terhadap pakaian-pakaian pemain, penganjur, dan panitianya yang mengorganisasikan kejohanan.

Adakah Qatar sedia mengkhianati atau dikhianati andai melihat bahawa 2022 sebagai platform untuk negara-negara arab memimpin ummah bukan mempersaingkan sesama mereka!

Tidak terasakah bahawa penjawat jawatan rakyat asing di negara-negara ini telah menjadikan pentas ini agak sempit?

Mengapakah dunia islam tidak mampu mempunyai sukatan pendidikan yang sama untuk sekolah-sekolah rendah dan menengahnya seperti mewujudkan standart piawaian Majlis Peperiksaan yang dilahirkan oleh cendiakawan dunia islam?

Adalah disesalkan apabila industri makanan yang menjadi kunci kesihatan ummah oleh kaedah thaharah gagal dihayati oleh Organization of The Islamic Conference, Organization of Petroleum Exporting Countries yang mempunyai negara muslim sebagai pengeluar utama dan Liga Arab.

Tinggalkan komen