Warqah Buat Cik Puan-Cik Puan Ku

Cik Puan,

Memandang Semenanjung Tanah Arab tanpa menggunakan kaca mata Cik Puan memberikan kita pandangan yang berbeza dan berlainan sama sekali…
namun ia tidak membuatkan saya perlu berasa gentar apabila berada di tengah-tengah kehitaman jilbab Cik Puan-Cik Puan…apalagi pada keputihan jubah-jubah Tuan -Tuan Cik Puan.

Pembanjiran dan kemasukan beramai-ramai pekerja dan penjawat asing ke negara Cik Puan apakah tidak menjadikan guna potensi rakyat Cik Puan dihadkan sementelahan diketahui dengan jelas rakyat Cik Puan tidak berkemandirian untuk menerima cabaran walaupun telah dipetakan keutuhan fizikal dan semangat oleh pelbagai kancah persengketaan yang bermula di Palestein, Iraq, Libya, Mesir dan kini di Syria di mana kini Cik Puan memandang jauh ke Afghanistan dan Pakistan, tanpa disederhanakan kemewahan dan keselesaan yang menjadi cara hidup yang dibina bagi imej dan jati berperibadi bangsa arab telah menjadikan sukar bagi anak-anak muda bangsa arab menjadi pekerja dari sektor perburuhan sehingga kumpulan pekerja sokongan selain hanya mengingini pekerjaan yang berlingkar pada kitaran pengurus dan penjawat profesional.

Atau adakah perkahwinan dengan pelbagai etnik berupaya membantu bangsa-bangsa arab yang terkenal dengan kepelbagaian suku dipandang tinggi oleh masyarakat dunia?

Dua juta penduduk dengan kekayaan yang melimpah ruah Islam masih dimundurkan oleh kegagalan bangsa Cik Puan mengubah pandangan ke atas perundangan Islam dan cara hidup penganutnya bahkan dari ketoleransian penimbangan rasa ini telah menjadikan wujud cabaran untuk keliberalan dan kemodenan wanita-wanita muslimin diberdayakan melalui bangsa arab dengan memaksa mereka mendepani isu-isu yang tidak bermanafaat bagi mereka sendiri yang telah kehilangan fokus ke atas akhirat sebagai masa hadapan ummah disahut cabarannya.

(Kita tidak perlu mendapat imej gagah dengan menyinsing lengan untuk berada di simpang jalan!)

Menerusi feminine dan khalayak bangsa arab sendiri yang berasa masih dirugikan oleh hukum-hukum dari fikh islam telah menjadikan minda ini sangat terluka sehingga wujud sedikit kebencian untuk memandang ke wajah mereka…

Benar, tatkala terlalu ramai etnik yang mahu dipandang berwibawa telah menjadikan seolah-olah negara Cik Puan sebagai pentas yang terlalu kecil oleh kerana ramainya bilangan yang mahu berdiri di atasnya..

Apakah dunia dan masyarakatnya tidak mengetahui bahawa wanita muslimin di tanah arab tidak perlu menjadi ketua negara?

Masalah mereka yakni wanita-wanita muslimin di seluruh dunia adalah lelaki-lelaki mereka kekal masih memandang rendah kepada sumbangan kaum wanitanya dan sedia pula mempersaingkan wanita-wanita mereka dengan wanita-wanita yang difokuskan oleh kaca mata lelaki-lelaki muslim sebagai wanita yang berjaya dan telah menyumbang sesuatu kepada dunia mereka walau pun dengan hanya dua biji buah dada!

Apabila terlalu ramai pekerja asing banyak perkara yang perlu dikorban :

1- Pendidikan perlukah dicirikan oleh agenda atau dasarpihak yang berkepentingan?

2- Apabila pergantungan unit tukaran wang yang diselaraskan mengikut nilai mata wang asing, apakah tidak ada kewajarankah untuk digunakan mata wang sendiri yang disukat oleh nilai semasa emas dan dinar?

3- Apakah relevannya kekal sentimen kelemahan dollar negara tertentu mempengaruhi keuntungan dan kecerahan masa hadapan pendapatan dagangan dari eksport sesebuah negara lainnya?

4- Apakah masih tidak dipertikaikan bahawa nilai dollar(US) dan Pound apabila sampai tempuhnya akan menyusutkan nilai lalu penggantian kepada unit pilihan apakah tidak akan berhadapan dengan masalah yang serupa apabil tiba had tempuhnya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s