‘Pertengkaran’ Dengan Facebook.

DSC_0380

Facebook Mengganggu Tanpa Tujuan Atau Dengan Niat?

Facebook Mengganggu Tanpa Tujuan Atau Dengan Niat?


Saya mula menggunakan facebook agak lewat yakni pada 14/April/2009 atau sekitar bulan Julai 2009 melalui akaun thanaif@gmail.com bagi memperkenalkan diri saya yang menjadi pemilik blog-blog BentalaKendiriTunjangnyaAkarAkidah yang mula dicatat pada May 2006.

Manakala saya mula menggunakan twitter adalah pada 3/Ogos/2009 yang dimulai terlebih dahulu di backtype dan sesekali di DISQUS.

Pertengkaran dengan facebook masih berterusan dan beberapa hari yang lalu paparan facebook saya berubah menjadi tidak seperti biasa sehingga memaksa saya mengeluarkan paparannya dari salah satu blog utama saya.

Salah satu catatan yang masih disimpan mengenai facebook ini ialah catatan pada 19/Mac/2011:

Apakah pengguna awam facebook memahami kandungan format yang ditetapkan oleh facebook sekiranya mereka bukan bertaraf profesional dan ikon popular dunia hiburan?

Sekiranya pemantauan atau pemilihan tertentu wujud tidakkah ia menghalang hak kepenggunaan media dan massa lain yang tidak tertera di dalam senarai yang disediakan?

Adakah penetapan dan kategori tertentu ditetapkan ini akan membezakan peringkat usia penggunanya apabila kemudahan ‘copy cut paste’ masih menjadi ciri kelemahan utama kesemua rangkaian syarikat software Microsoft Word/ Google Chrome/Yahoo menerusi dotcom dan dotnet?

Bagaimanakah kita mendidik untuk membela hak-hak pengguna siber, internet dan kini smartphone untuk dikuatkuasakan undang-undang terhadap harta intelek apabila gabungan telekomunikasi di antara PC, Mobile Phone,TV, Radio, Badan Penyiaran, Percetakan, Penerbitan Media dibenarkan menggunakan capaian facebook dan twitter yang pada masa yang sama membuli, merendahkan untuk dipersia-siakan walau sekecil usaha yang memiliki hak intelek ke atas hak cipta pengguna awam yang bersifat individu seperti pemilik nama-nama pena yang wujud dan hanya bersifat pemerhati yang bisu?

Tatkala wujud sessi pemboikotan atau pemngembargoan atas dasar politik berpilih-pilih bagaimanakah polisi pasaran terbuka mahu difahami proses perlaksanaannya apabila sekatan ke atas makna merit itu berlingkar mengitari eliet dan sarjana yang masih bercirikan pemonopolian, pendominasian, pengeksploitasian juga pengawalan terhadap makna kebebasan apabila peruntukkan undang-undang masih tidak dihormati oleh institusinya?

Apakah boleh kita selidiki mengapakah dimusnahkan Taurat dan dibakar pena dan tulisan sejurus pandai manusia menulis dari kecerdikan Nabi Idris alaihisalam untuk tidak termusnahnya catatan bermanafaat para pemikir yang menjalankan’nun’dengan tujuan akhirat?

Dan sedialah menerima bahawa yang berakidah itu menjadikan akhirat sebagai masa hadapan mereka untuk tidak berasa kecewa walaupun teramat marah tatkala berhadapan dengan persendaan yang disediakan buat mereka.

“Maka biarkanlah aku dan orang-orang yang mendustakan perkataan ini.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s