Anak-Anakku Tidak Bodoh

Rentetan catatan 6/Febuari/2012

Anakku Muttaqin dan Mustaqim,

Kini kelian jauh dari mata emak.

Mendekati kelian dengan perutusan jaringan gelombang masih tidak dapat mendekatkan kita.

Entah kelian yang memintal jaringan untuk ianya kusut sehingga emak tidak dapat mendekati untuk menyertai kelian atau entah kenikmatan riang gembira yang melumpuhkan naluri rasa kelian terhadap kami jauh ini.

Atau parasit si bacul dari kalangan badut-badut masih merintangi komunikasi kita.

Anak-Anakku

Inginku anjurkan untuk kelian tanyakan kepada babapk-bapak dan ibu-ibu kroni

Adakah turut ditandakan sebagai rasuah bagi pendapatan yang tinggi wahai anakku tetapi tidak dilunasi cukai-cukai?

Atau bolehkah kelian sampaikan kepada Pak Cik-Pak Cik dan Mak Cik-Mak Cik kroni, adakah pemimpin yang berasuah sedia memmecahkan untuk mengedarkan harta yang dibeli dari rasuah itu untuk dilihat mereka mempunyai sifat bertoleransi demi ummat?

Ingin juga ku pinta kelian merantai bagi memanjangkan gundah ini kepada abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik kelian yang mulai berkroni bahawa masihkah diarak kekayaan negara untuk diarak bersama-sama oleh para kerabat melalui proses pengisian pembangunan ummah menerusi berbilangan projek tatkala di sini di tanah Pak Syeikh yang kecil tetapi sangat tinggi kekayaan simpanan rezabnya dengan tiada pendapatan direbetkan (sehingga para isteri mereka memperolehi lebih dari 1,000 setiap bulan dari gaji para suami), mengapakah masih wujud fenomena mereka yang masih miskin?

Kelian wajar tahu bahawa lantaran masih giat dilakukan usaha pungutan pakaian, selimut malah kasut-kasut untuk para fakir yang dimiskinkan oleh para pemimpin negara mereka di tanah-tanah gurun yang semakin luas ditimpa oleh salji, saudara perempuan kelian mulai menjeling-jeling rak kasut yang menyusun ada sepatu berjenama dan pakaian tebal abang sulongnya…

Menurut saudara perempuan mu kasut-kasut bertumit tinggi tidak diperlukan pada stuasi sebegitu…malah baju-baju nipisnya yang murah yang menjadi simpanannya tidak dapat membantu…

Emak sedar kelian tidak suka membaca dan perlu merangkak-rangkak untuk membaca, nah ini cabaran sengit buat kelian untuk membaca catatan ibu mu pada dinihari yang semakin sejuk di sini…

Kerakusan dan kezaliman oleh penindasan kekal wujud tanpa sedikit pun upaya diubah.

bala dari penganiayaan ini, insyaaAllah akan kembali semula menjadi rintangan kepada pembinaan kejayaan.

Melahirkan perasuah melalui penyalahgunaan kuasa sering dielakkan dari dihukum ke atas pemegang ijazah dan ahli majlis korporat juga para penanggung kebajikan sosial di kalangan NGO.

Sekular dengan sistem materialsitik ini seperti dipersetujui untuk disempurnakan oleh khalayak seni dari kalangan artis yang sering bertandakan dengan nilai moral rendah tetapi berbakat.

Lencongan sistem peradaban moden ini secara menyeluruh menzahirkan nilai kemodenan yang sepenuhnya mahu diasaskan oleh idea.

Akhirnya kita keliru untuk membuat penilaian.

Akhirnya penipuan, pemnipulasian, pembohongan dan permuslihatan menjadi lingkaran kitaran kemiskinan ummat.

Kemudian melaluinya dipulihkan untuk dicari solusi.
Kemudian dicabar untuk pemperolehan persaingan bagi menjana keuntungan.
Kemudian akan menjadi kemudian, kemudian, kemudian, kemudian, kemudian 365 hari berlari, 12 bulan menyepi dan dekad bergilir ganti berulang kali..

Kemudian Amerika mengundang pandangan berstrategi hanya Cina dan India sahaja naungan tempat berteduh bagi warga dunia memperolehi pekerjaan…

Billion ummat manusia-manusia di negara ini sahajakah yang memerlukan pekerjaan, anak-anakku?

Tatkala yang semakin dan ditunjukkan jalan menjadi kaya adalah di Afrika dan negara di Amerika Selatan…

Di mana pelarian etnik arab ya anak-anakku?

Para pelarian itu tidka memerlukan lagi sebuah negara

Mereka selesa menjadi pelarian yang ditaja!

Bangsa arab adalah bangsa pelarian sebagaimana bangsa Nabi Musa alaihisalam pada zaman yang kelian katakan zaman purbakala.

1930an adalah dekad moyang nenek dan datuk emak, kini menjadi dekad yang sama dilalui oleh zuriat mereka yakni generasi cucu cicit mereka yang masih hidup sekarang ini.

Apakah yang membezakan mereka dan kita anak-anakku?

Ia hanyalah reka bentuk serta ‘design’ pada kenderaan pengangkut, rupa bina rumah, bangunan, pakaian, persekitaran, peralatan perhubungan perkakasan komunikasi, perawatan oleh jenis penyakit, perkhidmatan oleh kerana jenis-jenis pekerjaan yang berbeza tetapi akan kembali semula kepada kaedah yang ditunjukkan oleh para rasul oleh pengulangan semula untuk gurun-gurun diputuhi oleh salji-salji.

Keperluan kita dengan mereka tetap serupa anak-anakku.

Kita berpakaian kita perlukan kediaman dan makan serta minuman selain pelbagai perkhidmatan dan rawatan sebelum kita mati.

Kehendaklah yang menjadi semakin bertambah dan meningkat dengan pelbagai variasi dari susunan sumber yang kian bertukar ganti.

kitaran sifir begini adaah impak dari ketamakan generasi terdahulu yang kekal diwariskan kepada generasi seterusnya walau pun ramai yang menjadi berpendidikan dan melahirkan msyarakatpertengahan adalah impak dari berbagai dasar yang mempunyai ciri keseragaman di antara benua-benua.

Sistem yang tidak beretika kini menjadikan semakin ramai yang ‘cakapnya tidak serupa bikin’.

Etika terlalu dijumudkan oleh tuntutan falsafah anak-anakku.

Tatkala akhlak yang dianjurkan oleh Kekasih Allah sallallah hualaihiwasalam adalah wahyu.

Wahyu anak-anakku.

Akhlak itu mengikat kita dengan wahyu yang mengikat persepaduan akidah ummah.

Muttaqin dan Mustaqim,

Ada apa pada nama-nama mu?

Bacalah Al-Quran untuk memahami mengapa nama itu dipilih buat mu.

Kelian tahu cinta tetapi tidak mengenali saudara perempuan mu Hanan
malah Hilman juga tidak kelian kenali makna pada namanya seperti mana Hanan dan Hilman tidak memahami makna pada nama-nama mereka.

Protokol garis kemanusiaan hilang apabila protokol politik digunakan yang menggaris semula petunjuk status warna kolar kerana protokol kebertanggungjawaban memperolehi tanda-tanda seakan menjadi titik bermula semula bencana yang didatangi oleh pengkhianatan.

Penindasan dan penganiayaan ini apakah akan membangunkan peradaban?

Ya…tetapi kekal ia mencacatkan kemanusiaan bila iman yakni syariat bukan piawaian.

Letaklah peradaban dengan nama Mellinium atau Alaf 21 atau laras Order baru jika kekal ciri kegentikan historikal diulang cetak kecacatannya, ummah sekali lagi diperlahankan pengisian pembangunan.

Kita masih mengukur pembangunan dengan fizikal anak-anakku.

Tatkala kita ini insan.

Apakah generasi mempunyai perbezaan makna untuk dibangunkan potensi diri mereka?

Nah diskriminasi diulang kembali berkali-kali.

Untuk berjuang memimpin diri mereka untuk berjuang berdikari untuk berjuang menyara diri mereka sendiri menjadikan kebiasaan generasi yang dilahirkan dari satu dekad ke dekad yang lain kembali merintis laluan yang sama dengan laluan terdahulu namun masih sunnah para Kekasih dilumpuhkan.

Apakah pemangkin untuk mereka dintegrasikan dengan perjuangan menuju dunia kesolehan?

Sifar.

Bila ia tidak sama dengan pencarian serta penemuan ‘Jesus’ oleh masyarakat nasrani dan bangsa yahudi yang mengorientasikan hiburan sebagai kaedah pendekatannya.

Apakah wajar disangsikan dengan penolakan untuk mereka menjadi hala teladan wahai cahaya mata ku?

Tanyalah pada bulan dan bintang juga suria…

Wahai bulan,bintang, suria dan angkasa, keliankah menjadi saksi tatkala Nabi Ibrahim alaihisalam berdoa :

Ya Tuhan,
Anugerahkan aku ini hukum dan hubungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh.

Jadikanlah untukku sebutan yang baik kepada keturunan ku di hari kemudian.

Jadikanlah diri ku pewaris Jannatun Na’im.

Ampunilah bapaku kerana sesungguhnya dia tergolong kepada orang yang sesat.

Dan janganlah Dikau hinakan diriku pada hari akhirat.

Wasallam.

Emak Yang merindui kelian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s