Dikau Ibarat Mayang Yang Menolak Seludang

Hari ini saya bertemu dengan seorang lelaki muda yang tidak siuman.

Dia telah membuang sesuatu yang dianggapnya berharga pada satu ketika.

Kesediaan untuk memberi benda yang berharga dipandang oleh mereka yang waras sebagai penting lalu apabila dengan sengaja ianya dibuang sah lelaki muda itu kurang siuman.

Manusia yang budiman apabila memberi kerana ikhlas dia tidak akan meminta semula kerana kebudimannya dan kerana celalah dia sedia menerima kembali benda yang telah diberikannya.

Saya ingin supaya lelaki muda yang tidak siuman itu beredar kerana aktiviti saya mulai menurun setelah ketidak siumannya mengganggu masa-masa berharga saya sejak hampir dua bulan lalu.

Sepanjang hari ini juga saya mulai menandakan simbol c di dalam bulatan
(©) di kesemua blog-blog dan nama-nama pena yang saya anggap adalah produk yang menjadi aset kepada bangsa dan agama saya.

Identiti muslim adalah sederhana sesuai dengan fitrah dan sifat ia sebagai ummat pertengahan tetapi bermega iman untuk merealisasikan kemusliman dan keimanannya.

“Mereka menggunakan nama-nama penamu untuk mencari jodoh’!

Lelaki muda tidak siuman itu tiba-tiba menyergah.

Sekilas rasa menerpa ke minda saya untuk berbicara dengan lelaki muda yang tidak siuman ini.

“Kamu tahukah bahawa saya bukan kaki tangan kepada mana-mana syarikat. Saya tidak terlibat dengan mana-mana kerajaan atau organisasi?”

Lelaki muda tidak siuman itu membalas,”saya pula tidak suka dengan penampilan English United State dan sering membantah apabila Microsoft Windows kekal mendiskriminasi hak kemanusiaan untuk saya berdiri di atas kapasiti diri sendiri sebagai seorang melayu yang beragama islam untuk memilih jenis huruf yang saya mahukan bagi mengidentitikan kewujudan dan kendirian bahasa saya.”

Saya tersenyum sendirian. Siuman atau tidak lelaki muda ini?

“Cuba hitungkan kepada saya berapakah jumlah Ahmed di atas dunia ini?”

“Kamu mahu saya membuka agensi mencari jodohkah? Syarat yang saya tetapkan ialah :

1- Lelaki bujang belum bertunang atau berkahwin.
2- Gadis bujang belum bertunang atau berkahwin.
3- Lelaki dan gadis itu melepasi usia 25 tahun.
4- Lelaki itu telah berpendapatan dan selesai pendidikannya.
5- Lelaki dan gadis itu tidak mempunyai hutang.
6- Gadis atau wanita itu mempunyai pengetahuan mengenai hak-hak dirinya sebagai manusia di sisi Allah, hak-haknya sebagai manusia di sisi undang-undang, hak-haknya sebagai wanita di sisi keluarganya.
7- Lelaki dan wanita yang telah menjadi duda atau janda yakni yang telah bercerai secara sah dan tidak berhadapan dengan apa-apa tuntutan masalah penjagaan anak-anak atau masalah penuntutan harta sepencarian di mahkamah.

Lelaki muda tidak siuman itu menyeringai tertawa berdekah-dekah seraya berkata,”lebih baik saya tidak berkahwin.”

Sah saya sedang membuang masa bersembang dengan orang gila. Sememangnya orang gila tidak sah bernikah.

Kembali saya memudikki muara minda untuk berasional.

Kini pengilustrasian sosial media dan komunikasi menuju supaya kanak-kanak dan anak remaja belia muslim disasarkan agar berhibur semata-mata?

Hanya sekadar itu sahajakah idealistiknya perencanaan tatkala ‘integrated database management system’ kekal digunakan sebagai alat untuk memantau dan mengawal malah mempergunakan pelbagai data komputer dan kini cip pada sekeping mikro sim kad telefon pintar dengan perantaraan pancaran jarak sederhana gelombang frekuensi.

Relevankah?

Adakah kerajaan-kerajaan di dunia ini masih memayungi dengan berusaha aktif untuk membawa rakyat mereka ke neraka oleh keberdayaan fitnah dan penipuan menjadi asas berbudaya?

Apakah pilihan yang ada bagi mewakili diri sendiri sebagai seorang wanita yag sudah bersuami apabila jenis perbilangan huruf tidak dapat diperuntukkan buatnya?

Saya memerlukan lelaki muda yang tidak siuman itu untuk menyetujui bahawa adalah tidak munasabah bahawa dengan hanya lakaran imaginasi minda bagi setiap perbincangan dan pertanyaan upaya mempengaruhi aktiviti ‘perjudian’ di bursa saham atau mempengaruhi para penjudi di mana-mana arena gelanggang.

Permainan global ini tidak munasabah dijadikan sebagai ganti sebuah peperangan yang wajar ditolak pencetusannya.

Apakah para wanita yang cuba saya berinteraksi dengannya turut mempermainkan kepercayaan ini?

Memerhatikan wajah para ‘pelarian’ bangsa arab yang kini berhijrah di negara-negara teluk membuatkan tertanya bagaimanakah pemilikan dan pengurusan tanah telah membebaskan wewenangnya negara-negara pemodal mengindustrikan hasil bumi negara yang kaya dengan sumber sehingga diabaikan bahawa aktiviti itu antara punca yang melahirkan penentangan dan pertikaian tempatan.

Sejauh manakah benarnya bahawa kebebasan berinformasi itu dipandu oleh akhlak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s