Perkasihan Ramadhan Dan Al-Quran

1 Ramadhan 1435

بسم الله الرحمن الرحيم

Di dalam diam saya berasa sedih kerana tidak dapat memandang cahaya rembulan hilal apabila bermulanya 1 Ramadhan 1435H semalam (28 Jun 2014).

Saya tidak tahu jika ianya bersinar dan saya tidak melihatnya namun setelah lima hari menantinya cahaya dari bulan hilal kelihatan jelas di atas langit rumah kami.

Pentingnya bentuk hilal dan badr

Pentingnya bentuk hilal dan badr

Kiriman dari rakan WhaatApp mengenai penetapan 1 Ramadhan 1435H kali ini, membuatkan Ramadhan lebih bersedia dinanti berbanding dengan tahun awal ketibaan kami di Qatar.

Permisahan agama menguruskan kehidupan tidak dapat dinafikan menjadi sifat bagi Qatar pada ketika itu.

Tidak menjadi rahsia bahawa agak sukar untuk dilihat Qatar sebagai sebuah negara islam pada saat kami menjejaki kaki di Qatar pada 21 November 2005, kira-kira hampir sembilan tahun yang lalu.

Diberitakan bahawa pada awal-awal tahun 2000 hanya terdapat satu lokasi sahaja yang menjual arak bagi pekerja warga asing yang bukan muslim.
Saya tidak tahu nama tempat itu. Malah tidak ada gereja di Qatar pada awal ketibaan kami.

Saya sangat berasa bangga pada ketika itu dengan kebolehan dan kemampuan negara kecil ini untuk berbeza dengan negara kecil lain yang perlu berubah tatkala lokasi mereka sangat hampir dengan Eropah untuk warga pekerja menyedari keberbezaan antara negara mereka dengan negara majikan mereka.

Secara tiba-tiba saya terlihat sebuah gereja setelah berpindah ke Abu Hamour.

Secara tiba-tiba semakin ramai gadis dan wanita kurang berpakaian lengkap di pantai-pantai di Qatar yang hanya ada antara tiga atau empat pantai untuk dikunjungi.

Secara tiba-tiba kehidupan dan gaya hidup antara dua darjat menjelma di pelbagai premis-premis perniagaan berjenama di lokasi tertentu utama Qatar setelah pandangan normal kediaman gaya hidup orang miskin merata boleh ditemui.

Semuanya secara tiba-tiba berlaku.

Secara tiba-tiba para wanita yang berbungkus dengan jenama eropah dan amerika muncul di kaca televisyen dengan idea-idea ucapan yang bukan berdiri dengan sifat dan kehendak serta keperluan wanita tempatan yang saya yakin dekat sifat jati dirinya dengan tuntutan akhirat…

Secara tiba-tiba deretan Ferari, Bently, Roll Royce pacuan mini sport dan setarafnya meluncur laju bersidaian di jalan raya…

Secara tiba-tiba kelab-kelab mewah pasukan bola beraksi di stadium-stadium

Dan semakin patah lafaz penuturan bahasa menjadikan Qatar seperti berada di lokasi yang jauh dari tanah al-jazirah…

Semuanya secara tiba-tiba berlaku…

Wallah hu akram

Wallah hu akram


Memandang pula ke negara Saudi yang pada waktu ini menjadi negara utama di teluk yang menzahirkan perlaksanan undang-undang syariah tanpa perlu dipertikaikan hak-hak bagi kerajaan beraja Saudi Arabia menguruskan negara mereka oleh pekerja yang digaji oleh syarikat yang menawarkan pekerjaan.

Pada waktu itu tidak banyak berita mengenai Saudi Arabia dapat saya ikuti kerana liputan satelit hanya menggunakan bahasa arab.

Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman sewaktu mengerjakan haji pada tahun 1992 dan umrah pada tahun 1996 (jika tidak silap) terdapat banyak perubahan yang ketara di sepanjang hampir sembilan tahun menetap di Qatar khususnya di Mekah dan Madinah.

Selebihnya hanyalah berita keluhan wanita berbangsa arab terhadap isu-isu bersifat domestik yang dimuatkan di blog-blog kesan dari pendidikan yang telah mengubah nilai hidup dan persepsi generasi mereka yang secara diam-diam telah merungkai cara mendepani akhirat.

Apatah lagi secara peribadi kebanyakan lelaki-lelaki muslim dari Saudi tidak dikenali ciri kepimpinan mereka sebagai pemimpin ummah selain dibukakan kelemahan akhlak dan prinsip mereka menyusun masyarakat dan hal-hal bersifat peribadi yang diproteskan oleh muslimah saudi sendiri.

Apa perkaitannya dengan Ramadhan 1435 dengan Saudi pada kali ini?

Minda ini inginkan penegasan terhadap apakah pemerintahan akhir zaman tidak bermula dari Saudi dan perlu bermula dari negara yang jauh kedudukannya dari qiblat yang menyatukan ummat manusia dan terbaringnya jasad Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam?

Menipu bukan asas perniagaan di dalam islam…tiba-tiba emosi ini mencelah tatkala tertonton kisah hidup pemilik medan sosial facebook yang difilemkan.

Medan-medan sosial twitter dan whaatsapp telah menjadikan generasi arab berada di dalam separa ketidak rasional…setelah alat komunikasi menjadi fokus mereka melihat kemodenan.

Hak cipta dari karya pengguna facebook wewenangnya dipermuslihatkan pada zaman lelaki itu membina kekayaan dengan konsep hubungan networking yang sebenarnya tidak wujud jalinan komunikasi sama sekali di antara pengguna facebook khususnya mereka yang tidak berkomunikasi tetapi menyimpan koleksi peribadi di medan sosial setelah kaedah gambar poloroid cucian negetif kodak filem tidak lagi digunakan…bagi menyimpan rakaman sejarah yang bersifat peribadi…

Adakah boleh muslimin mempunyai kaedah komunikasi jaringan yang lebih berhala tuju tatkala
menipu bukan asas dalam perniagaan?

Wajarkah mempergunakan emosi dan fikiran dengan kaedah yang tidak benar?

Terlalu pentingkah persaingan sehingga ia perlu dimanipulasikan?

Saya tidak tahu jenis kemahiran penggunaan radas teknologi apakah yang dipergelutkan di negara-negara yang mempunyai pengkalan terbesar ketenteraan Amerika bila terpaksa bertanyakan peristiwa yang dialami beberapa bulan sebelum Ramadhan tiba?

Secara tiba-tiba pada awal pagi itu mata saya telah dimuslihatkan oleh para syaitan dan jin apabila terlihat secara tiba-tiba matahari bermega merah di tempat ia terbenam dengan imej suria yang sangat besar sewaktu ia bersinar pada setiap pagi.

Saya cuba merakamkannya dengan mencari mercu tanda bangunan bagi mengesahkan ia dirakamkan dari sebelah barat dengan berhenti di beberapa lokasi sehinggalah suria itu hilang dari tempat terbenamnya seperti yang diperlihatkan kepada mata ini!

Cubalah menjawab syaithon dan jin yang mana yang digunakan untuk membuktikan saya menganjurkan hasutan yang menyesatkan dengan kisah khayalan ini????

Apabila saya hanya menulis kisah benar tentang sejarah diri saya sendiri halangan apakah yang cuba dirintangi untuk membenarkan tindakan menyihir mata saya?

Anda wajar tidak mempermuslihatkan pancaindera saya hanya kerana wujud perkara-perkara yang tidak dipersetujui setelah kebenaran saya tidak pernah ditanyai.

thanaif dan tejathanaif itu adalah nama pena saya!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s