Maaf Zahir Dan Batin

الله اكبر – الله اكبر – الله اكبر
لا اله الاالله والله اكبر
الله اكبر والله الحمد
الله اكبر – الله اكبر – الله اكبر
وصلى الله على سيدنا محمد
وعلى اله وصحبه وسلم تسليمن كثير

Maaf zahir dan batin.

Ke pangkuan anak-anak yang emak kasihi.

Tiada biskut raya yang emak sukai, tiada ziarah keluarga, tiada senda tawa terasa sangat sunyi Syawal ini.

Emak dan abah sedang berpuasa untuk enam Syawal yang didoakan memberkati kami meniti Zulkaedah dan Zulhijjah sambil menanti ketibaan Muharram yang baruu untuk kita berganti tahun, insya Allah.

Ketiadaan cucu pada usia yang semakin senja ini membuatkan bualan-buaan di frekuensi didengari dengan separuh minda terlena.

Berkali-kali disemak suara yang nyaring tertawa bagi mencari apakah solusi dari bualan isu Perwira Papan Kekunci.

Siswa pencetus evolusi tidak mungkin berbual kosong.

Apakah bahan maklumat semakin terhad tatkala emak sendiri ingin mengetahui maknanya yang tepat sementelahan emak bertemu terlalu banyak paparan profil imej yang tidak bermoral dijadikan paparan profil pentwitter/facebook di kalangan anak remaja dan belia yang masih muda usianya.

Bagaimanakah solusi ini dicari kaedah penyelesaiannya?

Medium media sosial muslim yang berhadapan dengan globlalisasi tetap bersasarkan kepada memenuhi kehendak Amerika yang mencipta komunikasi inii dan wajar dicari untuk dilihat apakah sumbangan Abu Dhabi terhadap harga intelektual yang diletakkan pada kuasa wang sebagai nilaiannya setelah terzahir kewujduan’lokasi’ bagi perindustrian perfileman dunia teluk yang digarap sebegitu rupa bagi menyeiringkan siri kempen FIFA 2022.

Rasa sedikit sadis di benak emak dengan semua ini yang berusaha secara agresif mengasah potensi diri yang masih mempunyai minat menulis setelah meringkaskan bacaan buku-buku bagi membantu anak-anak bangsa kita sendiri yang masih miskin dan tidak mampu membeli buku-buku ilmiah tulisan sarjana atau membaca journal penulisan yang terbaik pada bidang-bidang yang tidak menarik minat seperti falsafah, pendidikan, kajian pembanguan hubungan manusia sains, ekonomi, politik, sosial dan palbagai bidang yang mula diterokai pada dekad yang dikatakan mellinium ini.

Apatah lagi bila Al-Quran tidak dibaca bagaimanakah pula maknanya dapat dimengertikan oleh anak-anak bangsa kita yang kini dibuaikan dengan kaedah cara berperadaban yang tidak sepenuhnya menghargai cara hidup beragama.

Pandanglah kepada anak-anak yatim yang kematian bapa atau ibu untuk dibangunkan minda mereka di kalangan anak-anak bangsa kita sendiri yang tidak mampu memahami bahasa inggeris dan masih memerlukan pimpinan iman bagi berpengetahuan menggunakan bahasa mereka sendiri.

Emak berfikir rakan-rakan kelian kurang bahan untuk berdailog.

Mereka wajar menyorot maksud glokal yang ‘ditrendmarkkan’ oleh Perdana Menteri Malaysia.

Globlalisasi adalah untuk Islam membina jati diri penganutnya di tengah-tengah krisis moral masyarakat barat khususnya Amerika yang masih berada di belakang Eropah yang semakin sedia memahami islam pada ruang dan sudut yang lebih jujur khususnya pada hubungan tiga hala antara muslim dengan yahudi dan nasrani.

Mahasiswa wajar mengketengahkan dan mampu membawa dan memperjelaskan kesan dari produk negara seperti wawasan, hadharah, hub halal, modal insan, reformasi dan kaedah negara berkebajikan yang mengislahkan pentransformasian yang lebih jelas dan telus kepada erti mengisi kemerdekaan hsil dari kejayaan amalan demokrasi yang semakin upaya diperbaiki oleh dasar kerajaan pusat di bawah Barisan nasional dan kerajaan negeri di negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Mengapakah mereka gagal memindahkan isu kelemahan syarikat-syarikat gergasi sofware yang kekal memerlukan kaji selidik pengguna bagi memperbaiki pembinan sistem perkakasan keselamatan cakera padat yang menjadikan kesabaran sebagai bahan untuk persendaan dan gurauan mereka?

Serangan yang disengajakan ke atas profil tertentu yang telah disahkan sebagai berstatus rakyat biasa yang bukan dari khalayak orang kaya misalnya, atau profil wanita muslim yang berusia setengah abad yang telah bersuami dan mempunyai anak-anak yang meningkat remaja atau profil mereka yang tidak berkelulusan tinggi adalah sesuatu yang sangat sukar diterangkan emosinya.

Emak tidak tahu pula jika profil lelaki muslim yang boleh digelar bapa adakah dilayan juga sebegitu rupa yang lazimnya jauh lebih bergaya menerusii profil gambar.

Siswa-siswi umumnya menambah kritikan pada bualan-bualan dan kesan perbualan sebegini tidak berdaya mempengaruhi pendengar. Sebuah mikrofon mampu mengeluarkan bunyi suara yang tinggi gemanya apatah lagi tawaan-tawaan yang nyaring.

Adakah emak bersikap tegas untuk menyatakan bahawa adalah buruk tabiat arab dan yahudi serta nasrani (juga afrika malah asia juga) yang menjadikan ruang sosial media di negara muslim diaibkan oleh kehendak-kehendak holy wood dan boly wood yang menyemarakkan untuk wujud berbagai ras bagi wood yang menjelaskan erti ‘kayu’ sebagai bahan bakar.

Sesuatu yang wajar dinyatakan bahawa website dari rusia semakin menjadi pilihan masyarakat di sini untuk menggunakannya.

Kesemua ini menzahirkan bahawa kekal berkali-kali masyarakat di dunia muslim menjadi masyarakat pengguna yang dicorakkan pilihannya.

Adakah masyarakat msulim di dunia arab telah memiliki alternatif produk buatan mereka sendiri?

Kenderaan buatan negara teluk masih ditunggu untuk dilihat jenamanya.

Adakah keinginan seperti ini keterlaluan pada masa mereka memiliki telaga petrol dan gas?

Apakah yang telah dibantu oleh hubungan baik Amerika dengan negara-negara di dunia teluk bagi memindahkan teknologi selama wujud hubungan pembinaan pengkalan tentera Amerika di Saudi dan Qatar?

Bangsa arab dicorak dan ditentukan kehendak mereka sebagai pengguna.

Kuasa beli mereka sepenuhnya dikawal pandu ke arah pasaran yang disediakan produknya oleh Amerika dan negara pelabur lainnya.

Apakah kita tidak boleh bertunding jari saat ketoleransian dan keharmonian yang sentiasa menjadi sifat muslim menghormati perbezaan di antara mereka dengan yang bukan muslim sering dicabar?

Maaf zahir dan batin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s