Tidak Pernah Melupakan

Pimpinlah kami beramanah pada agamaMu Ya Allah.

Pimpinlah kami beramanah pada agamaMu Ya Allah.

Bukan ingin melupa walau telah dikenang sekian lama

31.Ogos adalah ulangan untuk meredupkan kasih sayang di setiap raga 

Bukan bermakna tiada rasa merdeka

Tetapi merdeka pada sudut patriotisme

Sukar ditimbang tara jika tiada bersama akidah

Setelah sekian lama ikon-ikon dirawakkan untuk berkarisme

Tetapi ada yang menjadikan minda berpangku walang

Hingga ingin bertanya

Bagaimanakah sebuah negara lain diletakkan di atas asset khazanah kekayaan negara kita?

Adakah pemilikkan dan penetapan bagi pembahagian ekuiti dicetuskan oleh semangat patriotik yang membenarkan negara lain menagguk di atas keamanan kita hanya kerana pemegangan ekuiti sektor swasta?

 

Walang ini berasas

 

Bila ianya seumpama perjuangan sesetengah etnik berbangsa yang ingin membusung diri 

Setelah lama menjadi pemerhati yang bersembunyi 

Atas kebenaran kejelasan dan keadilan Al-Quran sebagai nas

Patriotisme dengan merdeka kita

Kesyumulan siapakah yang mendominasi?

Fikh dan syariatkah terbebas di angkasa?

Setelah hubungan komunikasi dikatakan menghubungkan manusia

Apabila yang nyata ialah gejala sosial media meruntuhkan moral usia

Apabila nyata barat dan pertubuhan sedunia tidak mahukan keadilan Islam

Bolehkah Amerika menjadi sebuah negara akidah?

Sediakah Canada menjadi sebuah negara yang bersyariat?

Berdayakan Eropah menjadi sebuah negara beragama?

Dan Rusia inginkan apa?

 

Setelah pesawat-pesawat kita ghaib dan ditragedikan…

 

Mahukah kita tersenyum? 

Pada rentetan lingkaran sosial media

Bila patriotik 31 Ogos 1957

Menzahirkan makna keamanan.

 

Allah berada di mana-mana

Menjadi saksi pada perbuatan hamba-hambaNya

Malaikat-malaikat mencatat dengan setia

Perilaku dan pekerti setiap bangsa

Yang mendiami dunia.

 

Patriotismekah dikaitkan pada alaf 21?

Melihat kepada isu ISIS yang menambah kerumitan ke atas makna pemilikan harta kekayaan sesebuah negara kesan dari kebergantungan kepada pekerja asing adakah berasaskan kepada kependudukan pada wilayah dan tanah yang sumber kekayaan buminya menterjemahkan taraf pendidikan rakyat sesebuah negara?

Siapakah yang menguruskan taburan kekayaan bumi ini?

Bukan Allah walaupun Dia Pemberi nikmat?

Mengapakah keselamatan dan keamanan bukan imej bagi tanah-tanah yang kaya sumber khususnya di negara islam tetapi tidak di negara-negara bukan islam di Eropah?

Sistem pengkorporatan pada lingkaran pelaburan dan modal kerana kekayaan tidak boleh disusun mengikut kehendak pelabur luar semata-mata.

 

Di negara islam yang manakah wujud kelahiran anak-anak di luar perkahwinan yang tinggi?

Bolehkah dihuraikan secara bersama-sama isu ini jika kita menyokong dan mendokong usaha mempelajari membaca Al-Quran dan hadis?

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s