Cinta Allah Dan Mencintai Apa Yang Allah Berikan Kepada Kita

Labbaikallah humma labbaik

Labbaikallah syarika lakalabaik

Innalhamda waniq’mata

Lakawal mulk 

Laa syarikalakk..

Bersahabat dengan Allah menjadikan isu-isu di persekitaran dalam dan luar diri  sangat-sangat kecil…kerana?

1- Allah Maha Melihat apa yang dilakukan oleh suami atau isteri atau anak-anak serta ahli keluarga saya.
(biarlah Raqib dan Atiq sahaja menjadi polis dunia dan akhirat tanpa perlu memenuhi piawaian keselamatan/keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amerika serta Rusia)
2- Jenis pekerjaan suami-suami para wanita muslim berbeza-berbeza:
“Sesungguhnya Allah mengasihani hambaNya yang Mukmin dan mempunyai usaha pekerjaan.”
Isunya kita sudah lama hanya menjadi muslim sahaja tanpa laras penanda memasuki lingkaran mukmin.
Apakah pekerjaan-pekerjaan suami-suami bagi muslimah di dunia ini bukan ke arah bersatu bagi ‘berperang’ di jalan Allah?
Apakah jalan Allah itu?
Jalan menuju akhirat.
Pekerjaan bagi setiap lelaki-lelaki muslim itu adalah ‘berperang di jalan Allah’ kerana Islam tidak memerlukan siri peperangan dunia.
“Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang ‘berperang’ pada jalanNya, berbaris lurus seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun rapi.”
Apakah ini bukan keistimewaan Islam yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan hadis?
Apakah bimbingan mukmin dengan teras akidah menjadikan akhlak sebagai pembina jati diri insan apabila nubuwwah KekasihNya sallallah hu alaihiwassalam tidak menggunakan senjata dalam menangani peperangan fikiran?
“Sesungguhnya Allah mencintai dan mengasihi orang yang mengerjakan sesuatu dengan membaguskan dan menyempurnakan perbuatannya.”

Bolehkah ku bertanya?

Tatkala Zulhijjah itu berkadar kepada peristiwa-peristiwa sebagai ibadah mengapakah masih peristiwa dan perbuatan dari pekerjaan wukuf itu masih tidak dapat menyatukan kita di bulan haji ini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s